Header Ads

Amalkan sapu minyak zaitun bila kandungan dah masuk 6 bulan.


Satu hari, Ema mengadu kat adik. "bila perut tegang, rasa gatal semacam".

Fuhh dia cecepat pesan jangan garu. Nanti lepas bersalin, ada kesan stretch mark. Pastu perut tak cantik. Dia pesan guna bio oil.

Belekk belek barang dapur, terjumpa saki baki minyak zaitun. Sebelum preggy, Ema ada buat diet atkins minum dua sudu minyak zaitun setiap pagi boleh kurus tau. Sarapan dua biji telur dan teh hijau suam. Memang kurus cemerlang waktu tu. Daripada 63kg jadi 57kg dalam masa sebulan. Hehehee bangga.

Tapi bila dapat tahu preggy, stop serta merta diet atkins sebab memang tak bagus untuk ibu hamil dan bayi. Sejak itu, minyak zaitun tersadai je la tanpa berusik. Hik hik.

Minyak ada lagi separuhhh okke. Sekarangg la masanya nak habiskan minyak ni.

petua minyak zaitun _ ibu mengandung _ elak rekahan gatal perut _ ema tunz _ lubuk seni 01

petua minyak zaitun _ ibu mengandung _ elak rekahan gatal perut _ ema tunz _ lubuk seni 01

petua minyak zaitun _ ibu mengandung _ elak rekahan gatal perut _ ema tunz _ lubuk seni 01


Antara khasiatnya untuk ibu hamil:

1️⃣ MENGATASI SELULIT:
amalkan sapu minyak kat perut tiap pagi lepas mandi atau ketika malam sebelum tidur. Cukuplaa 1x sehari. InsyaAllah jika rajin amalkan, kurang selulit (kesan rekahan/ stretch mark). Bila dah masuk usia kehamilan 6 bulan, elok la diamalkan. Almaklumlaa waktu tu perut dah mula menonong kedepan.

2️⃣ MERAWAT KEGATALAN:
makin besar kandungan ibu, makin kerap rasa gatal perut ni muncul. Sejak Ema amalkan sapu minyak kat perut, kurangg dah rasa gatal. Kandungan vitamin E yang tinggi dalam minyak ni dapat lembutkan struktur kulit. Lepas sapu minyak, perut kurang tegang. Seterusnya kurangkan gatal pada permukaan kulit.


Sebenarnya takyah tunggu preknen pun nak guna tips ni. Minyak zaitun memang banyak khasiat dari segi kesihatan dan kecantikkan.

Minyak zaitun boleh diminum terus, cukuplahh dua sudu makan, sekali sehari. Rasanya ada sikit payau, pedas pedas manja gittuw. Hihi


Jom follow Ema di [FB] dan [IG].

Jom follow Ema di [FB] dan [IG].


1 comment:

Powered by Blogger.