Header Ads

Memiliki Kad Ceria ibarat mendapat "rezeki terpijak".

Beberapa hari lepas, sekeping kad ungu asyik lalu je kat wall Facebook, Instagram dan Twitter. Nak kata viral tu tidak lah, tapi kan bila Ema asyik ternampak je. Maka sejak itu, hati pun mula terdetik. 

Ada apa dengan kad ni sehinggakan pemegang kad begitu ceria menayang sana sini?

KAD CERIA WILAYAH PERSEKUTUAN _ Memiliki Kad Ceria ibarat mendapat rezeki terpijak

Hah untuk pengetahuan uols, ini la kad yang diberi nama CERIA, seceria pemilik kad tersebut. Ini kerana terlalu banyak kelebihan yang bakal uols dapat hanya dengan sekeping kad.

KAD CERIA WILAYAH PERSEKUTUAN _ Memiliki Kad Ceria ibarat mendapat rezeki terpijak

ADA APA DENGAN KAD CERIA?
  • merupakan kad diskaun ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih. 
  • pemilik kad tertumpu kepada Warga Wilayah Persekutuan iaitu KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA dan LABUAN sahaja.

KAD CERIA WILAYAH PERSEKUTUAN _ Memiliki Kad Ceria ibarat mendapat rezeki terpijak

Sebenarnya, tujuan KAD CERIA ini diperkenalkan sebagai salah satu usaha Kementerian Wilayah Persekutuan menangani kos sara hidup tinggi bagi warga Wilayah Persekutuan. Dengan itu, mereka lebih bijak merancang dan mengurus perbelanjaan harian secara berhemah.

KAD CERIA WILAYAH PERSEKUTUAN _ Memiliki Kad Ceria ibarat mendapat rezeki terpijak

KEISTIMEWAAN PEMEGANG KAD
  • Diskaun sehingga 70% bagi pembelian barangan, makanan dan perkhidmatan
  • Melibatkan lebih 3,490 rakan dagang yang melibatkan lebih 3,798 premis perniagaan
  • Kadar diskaun untuk penyewaan fasiliti terpilih oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
  • Menyediakan kemudahan “e-wallet” kepada pemegang Kad Ceria dan rakan dagang.

KAD CERIA WILAYAH PERSEKUTUAN _ Memiliki Kad Ceria ibarat mendapat rezeki terpijak

KEISTIMEWAAN RAKAN DAGANG

- Diskaun 10% untuk sewa premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
- Diskaun lesen penjaja 60%
- Diskaun lesen premis perniagaan :
  • 10% = 1 tahun 
  • 15% = 2 tahun 
  • 20% = 3 tahun
- Antara senarai rakan dagang yang terpilih adalah :

Nota: Pihak Berjaya Corporation, KK Super Mart, Mydin dan Pusat Pakaian Hari-hari menawarkan diskaun bagi kesemua syarikat tersenarai di atas yang mempunyai cawangan di seluruh Malaysia dan tidak tertakluk kepada Wilayah Persekutuan sahaja

(4) SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN KAD CERIA
  1. Berumur 18 tahun ke atas 
  2. Warganegara Malaysia 
  3. Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan ATAU menetap di Wilayah Persekutuan ATAU 
  4. Pemohon adalah Penjawat Awam yang bertugas di Wilayah Persekutuan

KAD CERIA WILAYAH PERSEKUTUAN _ Memiliki Kad Ceria ibarat mendapat rezeki terpijak

Pstt.. rasa-rasanya uols layak tak mohon? Kalau layak, jom la apply sekarang. Serius bagitahu, berbaloi sangat ada kad ni dalam setiap dompet. Sebabnya, kad ni dapat menjimatkan perbelanjaan tinggal di bandar tau. Jika berminat, uols boleh klik link sebelah > daftar di sini <

Untuk perancangan masa hadapan, KAD CERIA akan sentiasa ditambah baik dengan bermacam kegunaan. Selain itu, sistem e-wallet serta penyertaan rakan dagang akan diperluaskan lagi. Bermaksud, lebih banyak tempat dan pilihan barang yang uols boleh shopping nanti. Wow bestnya!


ADUAN DAN PERTANYAAN 

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi : 
Urusetia Kad Ceria Kementerian Wilayah Persekutuan
Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya. 
E-mel: kadceria@kwp.gov.my

18 comments:

  1. Kad ceria... inisiatif terbaikkkk :)

    ReplyDelete
  2. kad ceria yg menceriakan..nak apply jugak wak..sbb byk kedai boleh pakai haha

    ReplyDelete
  3. Banyak diskaun, bestnyaaa. Tapi org WP je boleg mohon. Ala

    ReplyDelete
  4. wah, dia pun ada kad ceria ... kalaulah kak pip pun boleh mohon kan ...

    ReplyDelete
  5. Bestnya kalau kat melaka ada juga

    ReplyDelete
  6. Siapa yg layak tu cepat2 la apply

    ReplyDelete
  7. Jeleesnya dengan pemilik kad ceria

    ReplyDelete
  8. dah ada dan layak.. pe guna lagi.. pakai je la.. hiihhi

    ReplyDelete
  9. bestnya kalau boleh apply kad ni

    ReplyDelete
  10. rezeki anda la warga Wp, untung tau dapat kad ceria ni.

    ReplyDelete
  11. Banyak kedai yg kita boleh guna kad ceria ni kan

    ReplyDelete
  12. bestnya ada kad ceria. so far kelantan belum ada lagi kad kad istimewa mcmni

    ReplyDelete
  13. banyak keistimewaan kad ni, rugi saper tak pohon..:)

    ReplyDelete
  14. dah la diskaun banyak, premis perniagaan yang boleh shopping guna kad ceria ni pun banyak!

    ReplyDelete
  15. Bestnya kalau rabia ada kad ini jugakkk..sorry kak baru sempat nak Blogwalking blog kak.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.