Header Ads

Raikan top ejen dan Qislover, Gala Night oleh Ilham Qaseh.

Beberapa hari lepas, Ema dijemput join Gala Night Ilham Qaseh. Sampai sekarang tau ai terbayang lip lap merelip nya. Rasa bertuah sangat dapat join majlis sebegitu. Ohya, tema malam tu black tie and glam tau.

Terpegun tau bila melihat semua tetamu dress-up mengikut tema yang dicadangkan. Malahan, semua orang tampil glamour dari hujung kepala ke hujung kaki.

Rosnizan Md Nawi _ qislover _ ilham qaseh


Ema dress up punyalaa simple black, ala ala catwoman, rasa nak balik umah tukar baju je bila tengok tetamu yang datang. Serius cakap diorang tersangat vokk, meletops kevavoom. Kalah annual dinner zaman uitm Ema pernah join dulu. Hahahaa #moodmembawang.

Rosnizan Md Nawi _ qislover _ ilham qaseh

Selang beberapa ketika, yang dinanti semua hadirin pun tiba. Founder Ilham Qaseh iaitu Rosnizan Md Nawi, mesra dipanggil Mem. Melting tau tengok dia, sumpah lawa Mem ni. Ema tak berkelip mata tengok dia.

Sebelum ni kenal Mem kat FB, Ema tengok dia ni kecik molek je. Bila selpi sebelah, hmm tinggi lampai persis model ditambah dengan wajah comel awet muda milik nya. Sekali tengok, mesti ramai yang sangka dia 20-an.

Raikan ejen dan Qislover, Majlis Gala Night oleh Ilham Qaseh.

Majlis tersebut dihoskan oleh Zahid dan Kak Bed, penuh dengan gelak tawa. Tetamu juga seronok dengan aktiviti yang diadakan. Paling best, opkos la ada 100 cabutan bertuah untuk para tetamu. Bukan itu sahaja, majlis dimeriahkan lagi dengan 3 kumpulan penyanyi, salah satunya ialah Abstrak Hingga Ke Bulan.

Peminat Ilham Qaseh juga dikenali sebagai Qislover mendapat anugerah "pakaian tercantik". Dan ada juga Hadiah Utama iaitu voucher bernilai RM1000 untuk cabutan bertuah. Bestnya kalau dapat kan, Ema tak berapa bertuah malam tu. Hik hik. Ejen paling top mendapat RM1000 dan hadiah istimewa, diorang cakap hadiah tu LV! Okke yang ni tak pasti,sebab dirahsiakan. Hehehee. Apepun, malam itu sangat best dan meriah.

Rosnizan Md Nawi _ qislover _ ilham qaseh

Sekitar Majlis Gala Night oleh Ilham Qaseh:

Rosnizan Md Nawi _ qislover _ ilham qaseh

Rosnizan Md Nawi _ qislover _ ilham qaseh


Rosnizan Md Nawi _ qislover _ ilham qaseh


Rosnizan Md Nawi _ qislover _ ilham qaseh


ADA APA DENGAN ILHAM QASEH?

Rosnizan Md Nawi _ qislover _ ilham qaseh

Pengasas Ilham Qaseh, ROSNIZAN MD NAWI aka Che Zan, adalah graduan Seni Persembahan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau adalah pengarah dan pereka fesyen Butik Ilham Qaseh, Beliau mengasaskan Online Fashion Hijab sejak tahun 2011. Selain selendang, mereka juga mengeluarkan aksesori dan pakaian jenama sendiri. Ilham Qaseh mempunyai beberapa rekaan selendang rajutan seperti:-

✅ Qaseh Instant Shawl
✅ Qaseh Wide Shawl
✅ Qaseh Easy Shawl
✅ ‎Qaseh Twist Shawl

Rosnizan Md Nawi _ qislover _ ilham qaseh

Selendang Ilham Qaseh mempunyai keistimewaannya tersendiri kerana:

✅ Mudah dipakai dan boleh dipakai dalam pelbagai gaya.
✅ Material yang lembut dan tak panas untuk dipakai.
✅ Selesa. Dengan shawl Ilham Qaseh, tidak perlu lagi memakai anak tudung. Shawl terletak elok.
✅ Glamor dengan banyak warna dan reka bentuk.
✅ Bidang yang besar sesuai untuk mereka yang bertudung labuh.
✅ Banyak pilihan jenis dan warna. Boleh disesuaikan ke mana-mana majlis.
✅ Fashionable. Macam-macam gaya boleh dibuat dengan shawl Ilham Qaseh. Ada tutorial disediakan bagi memudahkan mereka belajar memakai Ilham Qaseh.

Rosnizan Md Nawi _ qislover _ ilham qaseh
Klik >SINI< untuk lihat video tutorial by Ema

Ehem ehem... selalunya tengok gojes pakai shawl Ilham Qaseh macam susah je. Bila sendiri pakai, lorhh senang rupanya. Elok terletak, takde beralih ikut suka. Lepas pakai shawl ni, muka ada sikit macam Che Ta tak? Alaa bagi can laa. Heheee...

Tapi kan, sekali usha macam Ema Maembong pun ada kan? 😂 Perasan nye la, korang bertenang jangan mengunyit.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, pergi ke:

FACEBOOK: fb.com/ilhamqasehofficial
IG: instagram.com/ilhamqasehofficial
WEB: www.tudungilhamqaseh.com

7 comments:

  1. wah..cantik, menarik dan memukau mata memandang

    ReplyDelete
  2. menarik pulak tengok jenama tudung ni

    ReplyDelete
  3. cantik gaya tudung kat video tu, boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  4. Best nyer... Meriah sangat... Glamer masing2...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.