Header Ads

Negaraku hebat, keindahan Kolam Biru nyata mempesona.

Negara ku hebat, keindahan Kolam Biru nyata mempesona _ RIVER OF LIFE by Najib Razak _ 01

Rasanya dah ramai tahu pasal Kolam Biru ni, tapi Ema percaya ada juga yang kali pertama tahu setelah membaca entry ini. Sebenarnya projek tersebut telah pun dilancarkan pada 2011. Melihat suasana malam penuh kebiruan, membawa fikiran kita menerawang ke satu dimensi baru.

Kolam Biru sangat menarik untuk dinikmati kerana percikan air sekitar kawasan tersebut menghasilkan pemandangan seakan berkabus. Terdapat enam buah irama etnik, berkumandang dari jam 9 malam hingga 11 malam. Suasana malam makin meriah kerana dikelilingi pelbagai bangunan lama bersejarah sambil disinari cahaya lampu. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan kepada pengunjung.

Negara ku hebat, keindahan Kolam Biru nyata mempesona _ RIVER OF LIFE by Najib Razak _ 01

Projek River of Life (ROL) atau dikenali sebagai Projek Kolam Biru memberi nafas baru kepada kawasan sekitar Sungai Gombak dan Sungai Klang. #HebatKanNegaraKu menjadikan projek ini sebagai ikon waterfont yang dinamik dengan nilai ekonomi yang tinggi.

Transfromasi ROL terbahagi kepada tiga kompenen utama:
Negara ku hebat, keindahan Kolam Biru nyata mempesona _ RIVER OF LIFE by Najib Razak

  • PEMBERSIHAN SUNGAI: dijalankan sepanjang 110 km sekitar lembah Sungai Klang, meliputi kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kegunaan rekreasi menjelang tahun 2020.
  • PENGINDAHAN SUNGAI: meningkatkan ekonomi di kawasan itu, kerja-kerja perancangan dan pengindahan utama akan dijalankan sepanjang 10.7 km di sepanjang koridor Sungai Klang dan Gombak termasuk Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek.
  • PEMBANGUNAN TANAH: pemuliharaan akan mendorong pelaburan ekonomi. Untuk memangkin pertumbuhan sepanjang koridor, potensi tanah kerajaan akan dikenalpasti dan ditenderkan kepada pembangunan swasta melalui pembidaan yang kompetitif.

Negara ku hebat, keindahan Kolam Biru nyata mempesona _ RIVER OF LIFE by Najib Razak

Negara ku hebat, keindahan Kolam Biru nyata mempesona _ RIVER OF LIFE by Najib Razak

Projek ini bermula di mana Kuala Lumpur itu mula berkembang, iaitu di tebing bertembungnya Sungai Gombak dan Sungai Klang, kira-kira 170 tahun dahulu. Kerajaan dah buat pelbagai inisiatif termasuklah sistem pembetungan dinaiktaraf, perangkap sampah ditambah di sepanjang sungai dan sistem pemintas diperkenalkan.

Lebih mengagumkan, projek ini dilaksanakan mengikut bajet dalam masa yang singkat oleh kontraktor dan perunding tempatan. Tidak dinafikan, idea dan buah fikiran anak Malaysia setanding kontraktor bertaraf antarabangsa.

Negara ku hebat, keindahan Kolam Biru nyata mempesona _ RIVER OF LIFE by Najib Razak

Namun, usaha ini hanya sia-sia jika masyarakat pentingkan diri dengan menjadikan sungai medan membuang sampah dan bertindak sambil lewa dalam menjaga kebersihan sungai. Tiada bezanya sungai dengan longkang, jika air yang mengalir sepatutnya jernih menjadi hitam berkeladak.

Paling penting, usaha Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebenarnya mahukan rakyat Malaysia berfikiran global kelas pertama. Dengan itu, barulah kita ada rasa tanggungjawab bersama dalam memelihara bandaraya yang kita cintai ini, tanpa sikap memilih kasih.

Ini lah Kuala Lumpur 2050 yang kita impikan.

32 comments:

  1. hilang stress bila nampak tempat yg cantik mcm ni ...

    ReplyDelete
  2. seriouslah cantik..nanti nak ajak kawan2 lepak sini sambil2 amek gambar

    ReplyDelete
  3. Tak sangka dah berubah sampai macam ni sekali ye. Memang cantik ;)

    ReplyDelete
  4. isk isk rupanya, kat kl je tempat ni, macam kat obersi

    ReplyDelete
  5. cantik..dulu tmpt lepak k.fiezz je ni..cewah..hehe..dah cun skrg...

    ReplyDelete
  6. Cantiknyaaa. Nak pergi lah nanti.

    ReplyDelete
  7. Jadi cantik bila dia buat macam ni.

    ReplyDelete
  8. Tak sabar nak singgah sini

    ReplyDelete
  9. alahaiii cantiknya kolam biru niii!

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak jenjalan kl malam-malam wah kl dah cantik

    ReplyDelete
  11. Wahh... Bagusnya. Sungai ni yang dulu sapa pun tak pandang, kini jadi daya tarikan Kuala Lumpur!

    ReplyDelete
  12. wow! cantik kl skrg! leh jadik port melepakk hujung minggu hehehhee

    ReplyDelete
  13. tak sangka cantik sungai dan view dekat kuala lumpur, dulu banyak sampahkan sekarang dah bersih

    ReplyDelete
  14. Lama dah tak singgah KL. Nnti bila ada kelapangan nk tengok sendiri... :)

    ReplyDelete
  15. kaler biru tu nampak ekslusif la.. pandai dorag pilih warna lampu.

    ReplyDelete
  16. Serius baru tahu. Nanti boleh pergi!!

    ReplyDelete
  17. Jom lepak sini malam minggu :)

    ReplyDelete
  18. Wow cantik!!! Nanti naik KL nak p terjah

    ReplyDelete
  19. Sejujurnya sy mmg tak tahu. Klu dapat holiday sana harus singgah ni. View cantik sangat.

    ReplyDelete
  20. Dah cantik2 tu jgn la ada yg buat vandalisme pula kan..!

    ...

    ReplyDelete
  21. cantik sekarang ni, sungai dibandar lagi menarik waktu malam sebab ada neon yang sedap mata memandang.

    ReplyDelete
  22. Cantik :) teringin nak tengok

    ReplyDelete
  23. cantik yang amat..memukau mata memandang

    ReplyDelete
  24. Wahhh.. Cantiknya. Kebiruan di sama sini...

    ReplyDelete
  25. Dah lama berkurun tak outing kl memalam... Cantik...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.