Header Ads

Sampaikan pesan walau tak mampu buat 7 sunnah hebat ini.


Pesanan untuk diri sendiri. Saya juga nak sampaikan kepada sahabat, mungkin ada sikit pahala, walaupun tak mampu untuk laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.

Tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

  • Pertama - Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
  • Kedua - Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
  • Ketiga - Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
  • Keempat - Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
  • Kelima - Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
  • Keenam - Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
  • Ketujuh - Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

10 comments:

  1. Amalan sedekah buat hati rasa lapang.. thank u for da sharing ~

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing..jom sama- sama amalkan semua diatas

    ReplyDelete
  3. terima kasih perkongsian ini, sama2lah kita amalkan

    ReplyDelete
  4. Sedekah membuatkan kita lebih kaya... Jangan tunggu kaya untuk bersedekah...

    Errkkk, kalau lelaki sunnah yang paling utama poligami kata nya... Huhuhu...

    ReplyDelete
  5. lelaki sibuk nak tambah sorang lagi sebab nak ikut sunnah tapi sunnah berzikir, sunnah solat sunat, sunnah lain-lain ditinggalkan. adehh.

    ReplyDelete
  6. tangg tahajud tu susah bebenor nak buatnya. tido mati. hahahaaa

    ReplyDelete
  7. terima kasih sbb mengingatkan...

    ReplyDelete
  8. Sebagai seorang mualaf, info info sebegini sangat berguna.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.