Header Ads

Bestnya pergi travel bawa Buku Log buat sendiri.


Buku log pon nak buat sendiri kan. Beli siap kat kedai kan senang.

Haa untuk orang yang berjiwa seni, menghasilkan sesuatu benda sendiri @ DIY tu kengkadang lebih memuaskan hati sebab apa ? Sebab boleh buat ikut cita rasa kita sendiri. So untuk entry DIY kali ni Lisa nak tunjuk step membuat buku log jahit tepi gittewww...


First of all, barang yang diperlukan adalah:

  • Kertas Pembalut (ikut lah design yg berkenan dihati)
  • Cardboard Size A4 (untuk cover buku)
  • Sehelai kertas warna (ikut suka)
  • Benang Kait
  • Kain
  • Kertas A4 kosong (20 helai)
  • Cutting tools (Gunting, Pisau, Pembaris dll)

Jadi untuk step pertama, potong cardboard kertas warna dan pembalut ni macam gambar kat bawah ni. Size tu ikut suka orang nak besar mana.


Next step tampalkan kain sbg penyambung antara cardbord yang telah dipotong tadi. Kenapa tak tampal pakai seletip je ?

Sebab kalau pakai kain, dia lebih fleksibel dan tahan lama dari seletip. Nak lipat banyak kali kedepan kebelakang kekiri kekanan keatas kebawah pon boleh. Okay tu over...


Nanti dia akan jadi macam ni. So far so good ?


Okay next, balut cardboard tadi dengan pembalut pilihan korang.


Lepas tu tampal lah dengan kertas warna supaya dia nampak kemas gitu. 


Alamak, macam mana pulak nak tebuk lubang ni ????

Pakai je penebuk lubang biasa yang saiz paling kecil. Kena buat manual tau; tebuk satu per satu hewhewhewhew (gelak jahat). Kalau nak tebuk lubang selari, chuoollss kena buat garisan macam ni. Konfem kemas tiptop meletops !


Lepas dah tebuk kesemua helaian, gam kesemua kertas A4 kosong bersama cardboard a.k.a kulit buku yg dah siap (berapa tebal nak letak tu ikut suka korang). Lepas tu guna "gapit" untuk pastikan gam tu kuat dan betul2 melekat antara satu sama lain.


Untuk cara kait tali kat tulang buku, sila ikut step kat bawah ni ye:


Dah siap gaisss !!! Zamboi zamboiii lawonyaaaa. Sangat klasik dan ada gaya vintage. I loiikkess it. Amacam agak2 dah boleh ke nak bisnes Buku Log lepas ni >.<


SELAMAT MENCUBA !!

13 comments:

  1. Memang lah best kalau dapat guna hasil kerja sendiri... Tapi kalau saya, tahun depan pun blom tentu siap, hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti susah part yang jahit tepi tu kan >.<

      Delete
  2. alahai..kreatifnya dia..kita tangan xde seni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi normi, nanti akak boleh cuba buat note book sendiri lepas ni hehe

      Delete
  3. kreatifnya. bila buat cantik dan kemas

    ReplyDelete
  4. Sy bookmark dulu.. nanti nak buat ^^

    ReplyDelete
  5. kreatif! nanti nak try buat lah

    ReplyDelete
  6. kreatipp sangat, kita rasa macam boleh buat bila tengok gambar ni

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya, bawa buku log pi travel untuk apa?

    ReplyDelete
  8. alahai suka nya, comel je tengok bila dah siap.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.