Header Ads

Sedih gembira sekelip mata, petanda sakit mental atau bipolar.

Sedih gembira sekelip mata, petanda sakit mental atau bipolar.

Pernah tak uols rasa heppi melampau tanpa sedar? Atau sedih dan murung secara tiba-tiba? Itu belum lagi berbelanja sakan penuh keghairahan hingga melebihi kemampuan diri sendiri?

Ramai beranggapan ni benda biasa. Tapi hakikatnya, perasaan yang tiba-tiba melonjak keterlaluan dan diluar kebiasaan tergolong di dalam gangguan mental jenis ‘bipolar’?

Sedih gembira sekelip mata, petanda sakit mental atau bipolar.


Bipolar atau sejenis penyakit mental, akan mengundang pelbagai masalah kepada pesakit sehingga mengakibatkan mereka bertindak agresif tanpa disedari. Sebenarnya, gangguan saraf otak mereka terganggu. Pesakit mengalami perubahan keterlaluan pada emosi, tenaga dan keupayaan mereka.

Simpton ‘tiada mood’ TAK BOLEH DIPANDANG REMEH sebab ini merupakan tanda-tanda gejala bipolar. Penyakit ini mampu menjejaskan hubungan bersama keluarga, teman dan pasangan, prestasi kerja serta pelajaran. Hmm seram kan?


FAKTOR PENYEBAB

Setakat ini masih belum ada lagi saintis perubatan yang berjaya mengetahui punca sebenar gangguan bipolar ini secara tepat. Namun mereka percaya, penyakit ini didorong pelbagai faktor yang bertindak bersama mencetuskan permasalahan di dalam otak.

Bipolar mempunyai beberapa perubahan emosi berangkai atau episod. Misalnya, daripada terlalu gembira akan bertukar kepada sedih dan kemurungan.

Bipolar sukar dikesan. Pesakit selalunya berkelakuan normal dan dilihat gembira serta progresif. Masyarakat juga menganggap pesakit bersifat positif kerana permasalahan sebenar yang dihidapi pesakit telah disembunyikan tanpa pesakit sedari.

Hakikatnya, pesakit itu sebenarnya berhadapan dengan pelbagai perubahan emosi yang berulang.

Sedih gembira sekelip mata, petanda sakit mental atau bipolar.



DUA GEJALA UTAMA PENYAKIT BIPOLAR

Antara faktor yang boleh dikenalpasti sama ada seseorang itu merupakan pesakit bipolar:

Gejala Mania
  1. Tenaga meningkat dan berkemampuan melakukan banyak aktiviti
  2. Terlalu gembira atau sedih
  3. Sering resah
  4. Banyak berfikir, bertutur laju dan idea berubah-ubah
  5. Sukar menumpukan perhatian
  6. Sukar untuk tidur dan tidur dalam tempoh yang singkat sudah mencukupi
  7. Mudah percaya dengan perkara yang tidak realistik
  8. Lemah pertimbangan
  9. Suka berbelanja besar
  10. Perubahan kelakuan yang berpanjangan

Gejala Kemurungan
  1. Kesedihan, keresahan dan rasa kosong berpanjangan
  2. Rasa diri tidak berguna pesismis
  3. Rasa bersalah dan tidak berdaya
  4. Hilang minat pada aktiviti digemari termasuk melakukan hubungan seks
  5. Rasa tidak bertenaga dan cepat penat
  6. Sukar menumpukan perhatian
  7. Sukar mengingat dan membuat keputusan
  8. Mudah resah dan terganggu
  9. Tidur terlalu banyak dan tidak boleh tidur
  10. Selera berubah sama ada naik secara mendadak atau turun tanpa disedari
  11. Sentiasa sakit tetapi bukan disebabkan kecederaan fizikal
  12. Timbul keinginan untuk membunuh diri

Namun, selain daripada dua gejala bipolar di atas pesakit juga berkemungkinan mengalami episod mania yang ringan atau ‘hipomania’.

Sedih gembira sekelip mata, petanda sakit mental atau bipolar.


KAEDAH RAWATAN

Jika memilih taknak masuk hospital, pesakit perlu menjalani rawatan ‘mood stabilizer’. Dapatkan psikososial dan psikoterapi jika perlu, atau pengambilan ubat penenang yang disyorkan pakar.

Menurut Ketua Pakar Psikiatrik dan Ketagihan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Amer Siddiq, belum ada rawatan yang mampu menyembuhkan bipolar sepenuhnya.

“Bipolar berpunca daripada otak. Oleh itu tiada penawar yang tepat dijumpai. Setakat ini rawatan tertumpu kepada kawalan mania dan kemurungan bagi mengelakkan pesakit bertindak agresif."

Proses ini mungkin mengambil masa yang lama tapi sangat membantu mereka menjalani kehidupan normal seperti biasa pada masa akan datang. Pandangan masyarakat sekeliling juga memainkan peranan yang amat besar kerana pesakit biasanya akan berasa lebih paranoid mengenai hal tersebut.


SELEBRITI YANG MENGHIDAP BIPOLAR

Ramai penghidap bipolar kat luar sana berjaya menjalani kehidupan harian mereka seperti biasa. Termasuklah selebriti dunia antaranya:

  • Demi Lovato
Berasal dari Amerika Syarikat, berbakat besar sebagai penari, penyanyi dan pelakon di persada antarabangsa.

Lovato atau nama sebenar, Dementria Devonne lahir pada 20 Ogos 1992 melalui era kegemilangan sejak ditawarkan berlakon di dalam Filem ‘Camp Rock’ dan ‘Sonny Munroe’. Bakat nyanyian dia terbukti dengan kejayaan album kedua bertajuk ‘Here We Go Again’ menduduki tempat pertama di Billboard 200.

Namun, disebalik kejayaan itu, dia sebenarnya bergelut dengan penyakit bipolar. Lovato pernah mengalami zaman sekolah yang sangat teruk dan sering menjadi mangsa buli teman-temannya. Hal ini berlanjutan terlalu lama membuatkan Lovato amat tertekan dan diserang bipolar.

Akuinya, pada awalnya bukan mudah nak kawal penyakit itu apatah lagi sebagai seorang ikon dunia, perubahan emosi yang terjadi secara tiba-tiba amat menganggu diri lebih-lebih lagi masa berhadapan dengan para peminat.

Menariknya, Lovato kini bangga menjadi salah seorang penderita penyakit bipolar kerana berjaya membuktikan penyakit itu tidak pernah menghalang dirinya terus berkarya. Dia seorang gadis yang kuat dan tabah sebab mampu menangani penyakit mental tersebut.

Sedih gembira sekelip mata, petanda sakit mental atau bipolar.
Sedih gembira sekelip mata, petanda sakit mental atau bipolar.

  • Catherine Zeta Jones
Ingat lagi cerita ‘The Legend Of Zorro’? Pelakon utama (wanita) tu la Catherine, isteri kepada aktor Michael Douglas. Dia lahir pada 25 September 1969 di Wales Britania Raya.

Dia antara pelakon wanita Hollywood yang disegani dan pernah merangkul kemenangan dalam Academy Award suatu ketika dahulu.

Pada tahun 2012, Catherine disahkan menderita penyakit bipolar. Tekanan makin bertambah bila suaminya penghidap kanser dan dia berhadapan dengan tindakan undang-undang mengenai royalti filem dan banyak lagi.

Sejak itu, karier lakonan Catherine semakin menjunam, ditambah pula dengan sikap media barat yang mempropagandakan isu berkenaan. Dia ‘dibuli’ di media sosial sehingga membuat keputusan menutup kesemua akaun laman sosialnya buat seketika.

Semangat kuat yang dimiliki Catherine untuk menjalani rawatan psikiatrik membuahkan hasil. Tahap mentalnya semakin pulih. Dia juga bersedia kembali ke dunia lakonan disamping masih meneruskan rawatan psikiatrik agar emosinya sentiasa dikawal.

Sedih gembira sekelip mata, petanda sakit mental atau bipolar.
Sedih gembira sekelip mata, petanda sakit mental atau bipolar.

Kedua ikon dunia ini harus dijadikan contoh buat penderita bipolar supaya tidak segan meminta bantuan dari pakar psikiatrik jika merasakan diri anda merupakan salah seorang penderita bipolar.

Hakikatnya, bipolar merupakan salah satu penyakit mental yang sukar disembuhkan. Dan jika ianya berhasil disembuhkan, tidak mustahil akan diserang kembali.

Meskipun demikian, penderita bipolar mestilah kuat semangat mencari serta menjalani rawatan yang sewajarnya agar emosi yang terganggu itu mampu dikawal sebelum ianya memuncak dan bertindak di luar kawalan. Paling penting sekali, jangan mudah melatah.

Malangnya, pemikiran rakyat Malaysia sudah dididik supaya meletakkan satu stigma yang negatif terhadap pesakit mental. Jika kita tidak bersama-sama membantu mereka, tidak mustahil jumlah pesakit mental di negara kita akan terus meningkat.

11 comments:

  1. bahaya juga ye , walaupun dengan mata kasar nampak normal..

    ReplyDelete
  2. Oh my god.. Macam saya tahu. Saya tak tahu tanda2 macam ni, penyakit bipolar. Susah nak handle terutama sekali tetiba rasa kosong bpanjangan :/ Selalu gak dengar orang2 sbut pkataan bipolar tapi baru sekarang saya tahu selepas baca post. Patutlah celebrity banyak depresi dan kes bunuh diri

    ReplyDelete
  3. erm..k.fiezz ada kawan yg tetiba gelak..pdhal sebelum tu tak buat lawak pun..tengah kitaorang sembang,tetiba dia selfie..dan dia penah citer, dlm tren tengah ramai org dia selfie..ni kategori penyakit bipolar ke?tapi skrg k.fiezz dah tak rapat dengan kawan ni sbb pejabat dia dah berpindah ke tempat lain.

    ReplyDelete
  4. bahaya ni..kna dapatkan rawatan dengan segera sblm trlambat..

    ReplyDelete
  5. woww good info kak ema. ramai yang tak tahu kan benda ni dan takut untuk ambil tahu.

    ReplyDelete
  6. Nice sharing...good info..sangat- sangat membantu ni..

    ReplyDelete
  7. uish rupanya penyakit ni sangat bahaya, jangan di pandang rendah

    ReplyDelete
  8. Saya lah tu,spesis mood swing! hmmm :/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.