Header Ads

Mandi Manda di Kota A Famosa


Biasalah bila dah tiba cuti sekolah ni, bila je lagi waktu yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga. Sebenarnya dalam A Famosa ni ada banyak tempat antaranya ialah Safari Wonderlan, Water Theme Park, Old West, FreePort A Famosa Outlet dan Sport & Recreation. Tapi untuk entry harini nak cerita pasal Water Theme Park je.

Kenapa pilih A Famosa ? Sebab si adik kembar belom pernah pergi sini lagi so nak melayan diorang punya pasal, layankan jelah. Kali terakhir lisa pergi rasanya 7 tahun lepas. Eh yeke. Ye kot..

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit je dari Tampin jadi kitorg gerak jam 10 pagi. Kalau tengok pada permainan dan gelongsor kat sini, boleh tahan jugak tahap-ketar-lutut dia. Lisa tak berani naik ahahahahaha. Malu woi si kembar lagi berani. Okay boleh simpan muka dalam laci.

Nak masuk dalam themepark ni memang tak boleh bawak makanan. Tapi peduli apa iolss bawak jugak hhahah. Pandai2 lah sorok dalam beg macam James Born sikit. So berikut adalah antara servis2 yang ada dalam A Famosa ni:


Jadi apa yang menariknya kat Water Theme Park ni ?

1. The Kids Adventure Pool: Kanak-kanak ribena boleh lah main kat sini. Lebih kurang macam kat taman permainan je. Yang omak-omak bapak-bapak jangan mengada pulak ekau nak berebut ngan budak2 main gelongsor. Den hempuk ngko dengan penyapu kang.


2. The Arabia : Macam istana Aladdin kan ? 


Kuat berlakon betul depa ni. Takut sangat lah tu ?? haha


3. Hula-Hula: Jangan pandang rendah pada warna yang cantik. Orang cakap yang cantik selalu berbisa. Kecut perut wehh kalau naik. Kusss semangat !


4. High Speed Ride: Nama pon speed kann, rasa-rasa korang berani tak naik benda ni ? Dia punya pacak kalah mat rempit beb !

afamosa high speed ride

5. Big Ice Cream: Nampak tak kan macam kon aiskem tu ? Macam tak seram kan tapi cuba lah naik. Paling tak mesti ngko terkencing dalam seluar.


6. Wa Ha Ha - Setiap 5 minit si patung puak ukulele ni akan mengeluarkan ombak. Kat sini menarik juga sebb dapat tengok gelagat masing2 yang tengah tunggu ombak pastu dok terjerit2. Seronok sangat lah tu ?


Sebenarnya lepas puas mandi, kita dapat kupon makan tengahari. Memang lunch tu dah termasuk dalam harga tiket. Tapi Lisa lupa nak ambik gambar makanan apa yang ada. Nampak tak tu tandanya dah kebulur tahap gaban wkwkwkw...

Sebelum balik sempat singgah jap dekat taman  ala ala Wonderland ni. Sebenarnya tempat ni lebih sesuai dijadikan tempat photoshoot wedding. Sangat menarik ! Nasib baik tak bawak hilux, kalau tak dah angkut bawak balik letak depan rumah >.<


Kasi lah can sis nak fefeeling tunggu Prince Charming datang haaaa.....



Overall, pada pendapat Lisa lah, A Famosa sekarang tidak lagi menarik macam dulu. Memori 7 tahun lepas yang Lisa ada kat A Famosa sememangnya jauh berbeza sekali dengan keadaannya sekarang. Nampak lah banyak tempat2 yang telah diabaikan dan terbengkalai. Pengunjung pon tak berapa ramai dah kat sini. Agak krik krik sikit. Banyak jugak permainan yang tidak boleh digunakan lagi. Tiket pon boleh tahan mahal, tak padan dengan servis yang mereka sediakan. 

Mungkin sebab sekarang ni dah banyak Water Themepark yang lebih menarik kan. Pada pendapat korang, Taman Tema Air mana yang lebih seronok ? Cer komen sikit mana tau next time boleh pergi dengan family lagi. Btw thankyou for your time muahhhks ! See ya...

8 comments:

  1. Jealousnyaaa T^T cuti ni Hana tak kemana-mana sangat huhuh

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi ke A Famosa.. Water theme park yang best sy tak sure sangat sebab yang pernah lalu pun Sunway Lagoon punya. Lalu je erk, sebab pergi dengan sekolah, tak bagi main air xD

    ReplyDelete
  3. Macam bestnya...
    suka juga pergi mandi manda ni....

    ReplyDelete
  4. tak pernah ke A famosa. tak pernah pun jejakkan kaki di melaka. harap one day sempat la jalan2 ke sana :)

    ReplyDelete
  5. wahh best nya, tak pernah lagi sampai sini

    ReplyDelete
  6. cantiknya tempat, best bercuti

    ReplyDelete
  7. Last saya pergi tempat nih tahun 2001. Memang best, tak tahulah sekarang nih.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.