Header Ads

Koleksi backdrop guna tisu jadi trend pasangan raja sehari.

pelamin tisu viral _ Koleksi backdrop guna tisu jadi trend pasangan raja sehari.

Selain kos nya yang murah, hasilnya juga sangat memuaskan hati. Walaupun nampak simple, tisu menjadi pilihan sebagai salah satu penyeri majlis. 

Masa awal tahun 2016, pernah tular kisah pelamin jimat guna tisu yang memerlukan kos RM200. Jika sekarang ni uols terasa nak google, masih wujud kisah tersebut. Lepas tu, nampak la pengantin comel atas pelamin. Rupa rupanya, pengantin tu laa Ema dan suami. Hehehee

Menarik kan penangan seni hasil daripada tisu? 

Selain pelamin tisu tu, Lubuk Seni nak kongsikan beberapa projek backdrop hasil daripada inspirasi tisu. Memana pasangan yang nak jimatkan kos majlis atau memang planning nak buat sendiri pelamin, uols boleh try cara ni. 

Harap membantu ya.

pelamin sanding tisu _ Koleksi backdrop guna tisu jadi trend pasangan raja sehari.
PELAMIN SANDING TISU >klik sini<
Ini adalah projek tisu paling awal yang dibuat oleh Lubuk Seni. Takde la mengharap lebih, cukup la sekadar nampak kemas dan sedap mata memandang. Sebab tu pilih kaler hijau. Tak sangka mendapat perhatian ramai, sampai keluar artikel pasal ni kat surat khabar Kosmo dan Metro.



pelamin nikah tisu _ Koleksi backdrop guna tisu jadi trend pasangan raja sehari.
PELAMIN NIKAH TISU >klik sini<
Projek kedua ni khas meraikan pasangan pengantin baru. Lepas selamat diijabkabulkan, kedua  pengantin duduk tersipu malu atas pelamin nikah ni. Pelamin dibuat dalam rumah, di kawasan ruang tamu. Cukup pencahayaan dan cantik sekali ketika bergambar.



bilik pengantin tisu _ Koleksi backdrop guna tisu jadi trend pasangan raja sehari.
BILIK PENGANTIN TISU >klik sini<
Lubuk Seni gunakan tisu untuk menghias bilik pengantin adik. Nak sesimple boleh tapi ada keceriaan. Beberapa warna pastel digabungkan dengan langsir kaler ungu. Hasilnya, pengantin sangat puas hati dan diabadikan dalam gambar perkahwinan diorang.



photobooth tisu _ Koleksi backdrop guna tisu jadi trend pasangan raja sehari.
PHOTOBOOTH TISU >klik sini<
Ada member berminat nak cuba servis photobooth Lubuk Seni. Kami tawarkan design camni. Nampaknya pengantin terus setuju. Boleh tahan ramai yang bergambar kat booth, ditambah pulak dengan guestbook mewah yang ada sebelah meja photobooth. Sangadd meriah.

Puas dah ke belek belek kesemua hasil tisu ni? Meh la share pendapat sikit, uols paling suka design tisu yang mana satu? Kaler apa?

3 comments:

  1. lawanya aih. menyesal pula tak buat backdrop guna kertas tisu ni waktu kahwin haritu

    ReplyDelete
  2. Semua nyer cantik2... Tapi saya suka hijau... Nyaman, aman damai jer rasa...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.