Header Ads

Hikmah kesihatan disebalik larangan lelaki memakai emas.

Hikmah kesihatan disebalik larangan lelaki memakai emas.

Larangan ini jelas dalam sebuah hadis sahih dari Abu Musa r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda,
“Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya”. 
Hadis riwayat At-Tirmidzi. A-Nasai dan Ahmad

Daripada hadis ini, emas dalam bentuk apa pun, sama ada emas putih, emas suasa atau apa sahaja logam pelbagai warna yang ada unsur emas hukumnya adalah haram.

Benda yang dicat dengan warna emas tidak boleh dikatakan sebagai emas. Ulama sependapat bahawa hukumnya tidak haram kerana ia bukannya emas – hanya rupa dan warna saja kelihatan sama.

Yang haram adalah emas dan bukan kemiripannya.
"Perhiasan emas hanya diberikan kelonggaran kepada wanita untuk memakainya sebagai alat mencantikkan diri dan menarik perhatian suami." 

kenapa-lelaki-dilarang-memakai-emas

Perhiasan emas yang kita pakai juga bukanlah 100 peratus emas tulen. Emas tulen adalah 24 karat tetapi kebanyakan barang kemas adalah dalam bentuk 18 dan 22 karat.

Ini bermakna, jika emas itu 18 karat atau 22 karat, 75 peratus kandungannya ialah emas tulen, manakala 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi dibentuk daripada perak, tembaga, zink atau paladium.

Tujuan utama menambahkan logam lain ke dalam emas adalah untuk menguatkan produk tersebut. Emas campuran yang tahan lasak ini dipanggil aloi emas.


kenapa-lelaki-dilarang-memakai-emas

KESAN EMAS TERHADAP KULIT

  • Kajian ini dibuat oleh William S. Rapson, seorang pakar perunding dari International Gold Corporation di Johannesburg, Afrika Selatan. Penyelidikannya mendapati kulit manusia boleh menghasilkan asid amino dan natrium klorida.
  • Bila kita berpeluh, kedua bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan aloi emas yang dipakai. Kesan reaksi kimia dan geseran kulit, aloi emas dikesan boleh menyerap masuk ke dalam kulit manusia.
  • Partikel-partikel aloi emas yang kurang daripada 40 nanometer memang terbukti boleh memasuki liang roma kulit. Kajian dermatologi turut menunjukkan penyerapan partikel emas boleh dipercepatkan oleh keadaan pH (ukuran keasidan) kulit yang tinggi alkalinya.
  • Dan terbukti, pH kulit lelaki adalah beralkali lebih tinggi daripada perempuan. Lelaki lebih cenderung memiliki kulit dan bulu roma yang tebal serta kasar berbanding wanita. =
  • Sebab itulah kenapa sains mendapati lelaki mampu menyerap partikel emas lebih tinggi berbanding wanita.


kenapa-lelaki-dilarang-memakai-emas

INI YANG BERLAKU SELEPAS LOGAM DISERAP KE DALAM KULIT

  • Apabila partikel emas masuk ke dalam epidermis dan sistem peredaran darah, ia boleh menyebabkan clumping protein atau protein terkumpul. 
  • Keadaan itu menjadikannya tidak berfungsi lalu memberi impak kepada sistem kardiovaskular lelaki. Pengumpulan protein ini juga boleh mempercepatkan proses penuaan.
  • Pengarah Larry L. Hillblom Center, Biology of Aging di USCF, Profesor Cynthia Kenyon, berkata kecenderungan protein melekat bersama-sama akan mengakibatkan saluran darah tersumbat dan tidak berfungsi, seterusnya menjadi toksik.
  • Apa yang mengejutkan, rupanya kehadiran protein tidak larut ini banyak dikesan di dalam otak pesakit-pesakit yang menghidap penyakit neurodegenerative, termasuklah Alzheimer, Parkinson dan Amyotrophic sklerosis lateral (ALS).



PERBEZAAN KESAN EMAS KEPADA WANITA

  • Tubuh wanita terdapat satu lemak yang berbeza dengan lelaki. Lemak ini akan mencegah unsur senyawa atom emas (Au) untuk masuk ke dalam tubuh.  Ya, unsur hingga hanya tembus ke kuliy, tapi tak boleh tembus lemak yang menghalang jalan menuju ke daging dan darah.
  • Setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi/ datang bulan. Wanita tidak menderita masalah tersebut kerana mereka memiliki keistimewaan yang tidak ada pada lelaki iaitu hormon estrogen.
  • Dari segi kesihatan, hormon ini membantu hal-hal mobiliti dalam peredaran darah. Apabila kepekatan estrogen tinggi terutamanya semasa haid, saluran darah akan mengembang dan membesar untuk keselesaan perjalanan serta pengeluaran darah.
  • Walaupun lelaki juga memiliki hormon estrogen, tapi ia sangat sedikit malah fungsinya juga tidak diketahui. Malah, estrogen lelaki cuma berkeadaan statik dan saluran darah mereka tidak mengalami pengembangan seperti wanita.
Jadi, jika sekiranya ada partikel emas memasuki badan lelaki, partikel berbahaya itu akan menyumbat saluran darah dan sebab itulah kenapa lelaki cenderung alami masalah kesihatan seperti kardiovaskular.

Dan inilah sebabnya kenapa Islam melarang lelaki daripada memakai emas.

7 comments:

  1. Salam singgah...
    wah!serius baru tahu ni...

    ReplyDelete
  2. Nice sharing.. Baru tau pasal ni sebenarnya ^^

    ReplyDelete
  3. ohh patutlahh lelaki tak boleh pakai emas kan, serius baru tahu. ingatnya atas alasan menyerupai wanita

    ReplyDelete
  4. oo ada berkaitan dengan kesihatan jugak yee kenapa lelaki HARAM pakai emas. selama ni tahu sebab menyerupai wanita je :)

    ReplyDelete
  5. ada hikmah dari zaman dulu haram bagi lelaki tidak boleh memakai emas. bila science menunjukkan kesan, terbukti akan memudaratkan diri

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... Dapat ilmu baru hari nie... Islam melarang sesuatu perkara tu sudah pasti bersebabkan...

    ReplyDelete
  7. Oo, baru saya tahu. Tak pernah tahu pun sebelum ini.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.