Header Ads

Kulit buku tanah liat, luarbiasa dengan ukiran timbul


Dalam bebanyak hasil seni, Aniko memilih buat ukiran dan arca guna tanah liat polimer. Asalnya buat sekadar hobi, lepas tu bertukar bisnes kecil-kecilan. Waktu ni dia masih bekerja.

Sampai satu tahap, pembuat arca lain mula kenal si dia ni. Aniko makin femes dan ada pengikut yang ramai kat media sosial. Tapi kan, itu belum cukup nak menebalkan poket Aniko. Dia tak boleh menyara hidup pun dengan hasil seni tuhh. Jadi, dia pilih bekerja di siang hari, dan jadi artis di waktu malam.

Setelah sekian lama meneruskan hobi, akhirnya, tuah pun menyinggah ke dalam kehidupan Aniko.

Web popular Bored Panda berminat dengan kulit buku hasil ukiran Aniko dan buat satu artikel pasal ni. Uols bayangkan dalam satu hari, tiba-tiba je Aniko dapat beribu likes, email, permintaan, soalan, repost... dan selebihnya BOOM, terus viral satu dunia okke. Meletop pom pom, hamik kau.

Seminggu kemudian, Aniko dapat projek 6 bulan berturut-turut, buat journal tanah liat. Ada juga projek barangan perhiasan yang ada kena mengena dengan hasil kraf awek ni.

Aniko berhenti kerja selepas publisiti tersebut dan terus mengorak langkah. Benda ni lahh yang dia dok tunggu selama ni. Paling dia teruja, ramai kastemerr bagi feedback nak nangis sebab terlampau heppi masa dapat item yang ditempah daripada Aniko.

Sesungguhnya perasaan itu tidak ternilai harganya.






















11 comments:

  1. that pueple flower n cats tu cntik

    ReplyDelete
  2. Fuyohh!! sangat2 rare ^^ cover sebegini sesuai untuk diary <3

    ReplyDelete
  3. auuchh. comelnya design burung hantu tu. bunga rose tu pun lawa. smart ah. rare

    ReplyDelete
  4. Cantiknya! Geram tengok setiap satu tu

    ReplyDelete
  5. Ushaa yang berterusan pasti akan membuahkan hasil dan kejayaan.. Hasil kerja beliau memang cantik dan unik..

    ReplyDelete
  6. cantik..dasyat nye org yg buat tu..kreatif

    ReplyDelete
  7. WoW!!! Cantik dan Hebat sangat design yang dihasilkannya..

    ReplyDelete
  8. isk geram nya tengok artwork dia, memang luar biasa

    ReplyDelete
  9. Luar biasa. Tapi kenapa mesti kulit buka. Buku tu kosong ke?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.