Header Ads

Cara buat spray penghalau serangga paling selamat


Kali ni, Lubuk Seni nak kongsi cara-cara membuat spray yang berkesan menghalau serangga. Bahan yang diguna juga selamat digunakan sebab kesemuanya bahan semulajadi. Idea asal ini dikongsi oleh Nani Rahim. Dah jom kita tengok info lanjut dibawah:

BAHAN-BAHAN :
  • 1 Botol spray. ( lagi bagus kalau guna BPA-free spray bottle )
  • 2 cawan air tapis atau air masak.
  • 5 titik essential oil Geranium
  • 10 titik essential oil Lavender
  • 20 titik essential oil Citronella.

CARA BUAT :
  1. Masukkan air tapis atau air masak ke dalam botol penyembur.
  2. Kemudian titiskan essential oil.
  3. Goncang goncangkan botol mengikut irama Despacito. Dan voila its ready to be used.
  4. Cuma spray kan sahaja pada keliling atau pada badan anda. Jangan risau kalau terkena kulit muka. Semuanya bahan super safe. Tiada racun, tiada alkohol. Selamat dan suci.
Cara buat spray penghalau serangga paling selamat

Nani Rahim juga menerangkan fungsi 3 Essential Oil yang digunakan dalam penyembur serangga tadi. Mesti baca tau, sangat membantu meningkatkan general knowledge uols.
  • Essential oil Geranium sangat bagus untuk menyembuhkan kulit. Bau nya juga harum. Sebab tu laa banyak digunakan dalam produk serum, mask, krim muka, pelembap dan sebagainya.
  • Essential oil Lavender terkenal dengan fungsinya yang bersifat menenangkan. Digunakan dalam penyembur serangga sebab dapat menyembuhkan luka dengan cepat and menggalakkan tissue regeneration.
  • Essential oil Citronella berasal dari serai. Opkos ada manfaat kesihatan seperti antioksidan, antibakteria, antifungal, antiparasitic seperti cacing. Fungsi lain citronella: halau serangga nyamuk, lipas dan lalat. Juga berkesan melegakan otot badan lenguh dan sakit.

12 comments:

  1. nice sharing sis. biasanya azah beli je :D

    ReplyDelete
  2. banyak juga eh kebaikan essential oil , sy ada satu untuk selsema punya, tp masih belum pernah cuba

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang bagus.. banyak kegunaan minyak essential ini.. bagus untuk dibeli..

    ReplyDelete
  4. Member opis ada juga suggest guna minyak essential ni...

    ReplyDelete
  5. Mana nak dapatkan essential oil ni. Macam menarik pulak nak cuba. Hehe..

    ReplyDelete
  6. anatara benda wajib ada kat rumah... buat mask buh essential pun bagus

    ReplyDelete
  7. nak belilah nanti.kandungan sangat bagus

    ReplyDelete
  8. First time tau ni boleh buat insect repellent sendiri..nak cuba la nanti..

    ReplyDelete
  9. kena cuba ni, lagi bagus buat sendiri sebab kita tahu bahan apa masuk dalam tu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.