Header Ads

Cara buat lipbalm untuk rawat bibir kering


Cara buat lipbalm untuk rawat bibir kering bermasalah

Setiap wanita inginkan bibir yang cantik dan mungil. Bibir jadi kering bila kurang minum air, sakit dan salah penggunaan lipstick. Bila dah kering dan mengelupas, tu yang jadi tak selesa. Nak minum pedih, nak senyum pun sakitnya rasa.

Ada beberapa petua nak pulihkan masalah bibir cenggini. Salah satu cara, oleskan sedikit madu dibibir. Ya petua ni memang bagus. Tapi tak semuanya yang rajin nak buat setiap malam. Kadang-kadang terlupa.

Jadi apa kata, kita buat lipbalm homemade. Dari bahan pun natural. Kita pun tak risau nak pakai. Idea ini di kongsi oleh FB Norshahida Lambri. Thanks awak sudi kongsi resipi homemade.

Bahan-bahan untuk buat lipbalm homemade
  • Beeswax 4g
  • Sheabutter 3g
  • Olive oil 10g

Cara cara buat lipbalm homemade
  1. Satukan beeswax dan shea butter, panaskan (secara double boil) hingga cair.
  2. Setelah 2 bahan tadi cair, masukkan olive oil kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan ke dalam bekas, biarkan selama 20 minit. Akan mengeras.
  4. Akhirnya siap lipbalm homemade.

Cara buat lipbalm untuk rawat bibir kering bermasalah

Cara buat lipbalm untuk rawat bibir kering bermasalah

Cara buat lipbalm untuk rawat bibir kering bermasalah _ Norshahida Lambri

Semudah abc kan. Kos pun jimat hanya 3 bahan, yang penting selamat. Anak-anak pun boleh pakai. Pagi dan sebelum tidur, oleskan sedikit. Kalau kita rajin, buatlah tiap hari. Hasilnya bibir akan jadi lembut dan sihat.

Tiada lagi senyuman yang merekah. Pakai lipstick pun jadi cantik bibir, glossy gittuw.

11 comments:

  1. baru tau. nice idea. tq sharing sis

    ReplyDelete
  2. wah. senang je rupanya nak buat lip balm ni kan

    ReplyDelete
  3. laa senang nya...selama ni kak shaz beli vaseline tu je. kdg2 guna nivea lip butter..

    ReplyDelete
  4. Macam senang tapi apparatus xde nak buat. 3gram tu sikit betul..kena beli penimbang digital dulu ni

    ReplyDelete
  5. besswax tu nak cari dekat mana? harga dia mahal ?

    ReplyDelete
  6. kalau apply lip matte, senang tanggal x? sebab ada certain lipbalm dia useful bila kita apply lip matte or lipstick dia akan kekalkan lebih lama kita punya lip tu

    ReplyDelete
  7. mudah, jimat duit, jimat tenaga dan berkesan..InsyaÁllah

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang baik.. Menjimatkan bila buat sendiri..

    ReplyDelete
  9. ohh camni rupanya buat lip balm. hehe senang je

    ReplyDelete
  10. Macam nih rupanya buat lip balm homemade. Nanti suruh wife buat sendirilah.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.