Header Ads

Almond Butter sedap lazat dan berkhasiat.


Kalau pergi pasaraya dan kena buat pilihan samada nak beli almond butter atau peanut butter, memanglah akan pilih peanut sebab lagi murah. Almond mahal ok. Sekilo dah RM60. Kalau jual butter lagilah mahal.

Tapi kalau ada pilihan untuk buat sendiri, mikirkan mana yang lebih berkhasiat untuk otak, kulit dan perut, baik pilih almond butter. Jom kita baca perkongsian homemade dari home-maker hebat, Puan Fiona atau nama FB nya Mastura Rashid. DIY ini dikongsi pada 29 Oktober 2017.

Eh jangan lupa tambah sikit garam atau gula ikut sesedap tekak. Fiona buat takde tambah apa-apa. Itupun dah sedap macam almond butter dari planet Pluto.



Bahan-bahan Almond Butter:
  • Raw almond 1 mangkuk kecil
  • Secubit garam atau gula ikut sedap tekak

Cara buat:
  • Gunakan kuali non-stick. Nak buat almond butter tak perlu gunakan minyak. 
  • Masukkan kesemua kacang almond mentah tadi ke dalam kuali.
  • Sangai hingga garing. 
  • Ohya, nak bakar dalam oven pun boleh. Suhu lebih kurang 180º Celsius, anggaran masa 15 minit.
  • Kalau guna induction cooker, turunkan suhu kepada 60º Celsius.
  • Masak perlahan hingga garing sekata. Mesti garing, supaya bila di kisar, minyak keluar dengan banyak. Sebab tu, kita takyah letak minyak pun dari awal.
  • Hangit sikit takpe, kalau terlalu banyak akan buatkan butter rasa pahit.  
  • Masukkan ke dalam food processor. Kisar halus sedikit demi sedikit (cadangan: berhenti kisar selang dua minit). Kisar hingga minyak keluar sepenuhnya.
  • Bila berminyak, lebih mudah nak sapu ke roti. Makin garing minyak, makin mudah minyak nak keluar. Konsep sama macam kerisik.
Boleh refer video penuh cara buat Almond Butter > disini < .

Kalau tak dapat tengok, maknanya video tu private laa. Maka, uols kena join dulu group Homemade dan DIY Ringkas (#HDR). Klik join group, lepas tu tunggu aje la admin approve ya.



9 comments:

  1. Nak try buatlah.. tapi kena beli bahan dulu hehehe ^^

    ReplyDelete
  2. suka makan kacang almond ni. tapi nak buat tak rajin. hehehe

    ReplyDelete
  3. Wow..good sharing. Biasa beli je butter ni..next time boleh try buat

    ReplyDelete
  4. menariknya tapi tula bila tengok harga almond ni dekat pasaraya or other kedai. fikir punya fikir hhahahaha.

    ReplyDelete
  5. tapi saya ada anak sedara dia allergik kacang. almost all types of kacang. sian dia. hahhaa. mostly kuih raya or anything ada kacang. mampu jerling je la haahaha

    ReplyDelete
  6. Biasanya nak makan beli je,klu nak buat tu kena tgk pada tahap kerajinan diri ini..hihihi

    ReplyDelete
  7. Uish.. Sedapnya.. Tapi nak buat sendiri macam tak berapa nak rajin.. Bookmark dululah.. Kotlah terajin boleh refer resepi..

    ReplyDelete
  8. ohh tak pernah lagi buat sendiri. Senang je rupanya, nak try la nanti

    ReplyDelete

Powered by Blogger.