Header Ads

Lain macam guestbook ni, punya lahh berat nak pikul.


Masa ni buatkan guestbook untuk Majlis Sambutan Hari Raya. Lama dah berlalu, elok je tersimpan dalam kamera phone ni hah. Boleh tahan berat, adalah dalam 3 kilo camtu. Kengkonon nak buat macam ol-skol, alih alih jadi macam papan lapis je. Hik hik


Alkisahnya, kita memang follow rerapat request dari kastemer. Buat je apa yg diorang nak. Cover guestbook ni, Ema guna papan alas kek. Memang bentuk petak camtu, kita takyah nak potong dah. Tinggal sediakan beberapa kertas board ikut saiz petak yang sama.


Kertas board tu pulakk, Ema lapiskan dengan kertas minyak yang nipis tu supaya senang nak tulis (kalau dibandingkan dengan permukaan kertas board). Lagipun, bila gabung dengan kertas minyak, kaler dia jadi matching la gittuw.


Dah siap! Simple je kan. Ambik gambar bebanyak kat photobooth, lepas tu tampal je dalam buku ni. Shantekkk tau. Jadikan kenangan abadi sampai bebiler.




Berminat dengan servis kami, klik je link di bawah:

 


8 comments:

Powered by Blogger.