Header Ads

Tak kelip mata tengok abang buat gegula dalam balang


Hari cuti camni la syok nak berjalan mall. Kali ni, kaki laju je melangkah ke One Utama, Petaling Jaya, KL. Sesambil window shopping manalahh tahu terrr beli benda best ke kan. Entah macamma, kaki ni terstop kat i-candy.


Halamakk, kagum betul tengok abang abang ni buat gegula. Masa dia dokk uli tu, ingat nak buat apa, tak bajet pulakk ending nya akan jadi gula comel bercorak buahan. 


Waktu ni, nak buat gula bentuk oren. Setiap bahagian dibuat dengan teliti tanpa ada baki pun tau. Mesti ngam-ngam. Pandai betul la diorangg adjust.


Digolek golek sampai halus jadinya. Papan golek tu panas sikit, untuk elakkan gula tu mengeras. Sebab tu diorang pakai sarung tangan tebal tu,


Nampak tak hujung sekali tu, halus je kan. Diorang ketuk pakai pisau je, automatik gula tadi akan terpotong. Cantik je kejadiannya tau. Orang yang minat seni memang suka tengok benda camni. Macam Ema ni, hik hik. 


Tak sangka segumpal gegula tadi boleh dapat berpuluh bekas tau. Proses nak siap ni makan masa beberapa jam jugakk. Gambar bawah ni pulak, gegula comel corak buah yang lain. Lawa kan?


Setiap bentuk buah ikut rasa buah memasing. Contohnya, bentuk mangga opkos la rasa mangga. Memang sedap gula ni, sayangg pulak nak makan sebab comel sangad. Hihi


Apa pendapat uols. comel ke gula ni? 

1 comment:

Powered by Blogger.