Friday, December 1

5 Perkara tentang Sahar Tabar, peminat fanatik Jolie.


Khamis semalam, ada satu gambar perempuan yg agak mengerikan, bertindik kat kedua belah pipi, acah2 Angelina Jolie mula tularrr kat internet. Masa ni Ema tak tahu lagi. Hehehe selow. 

Entah camne, petang tadi dapat satu notification, Lisa tag fb Ema kat satu post Siakap Keli Press. Tangan ni pun cecepat la bukak, yela nak tahu 'pebenda la minah ni tag aku kan.' Sekali bukak, woi~ bersemburr air kat mulut. Hmm dah kenapa Sahar Tabar ni?

1. Menurut web Sud Info, Sahar Tabar hilang 40kg dan telah buat 50 kali pembedahan plastik supaya nampak macam Angelina Jolie . 

Hmm scary kan? Kengkadangg ada yang terpengaruh nak shantek molek cam retiss yg perfect body ni. Ema sendiri syok tau tengok Jolie. Tapi kan, Ema rasa lebih syokk dengan muka sendiri sebab ada muka jawa- keturunan mak ayah. Hehehe



2. Ada yang buat spekulasi kononnya Sahar Tabar cuma gunakan prostetik & tak pernah buat apa-apa pembedahan plastik. Dalam IG dia, sahartabar_official, saiz bibir dia kejap besar kejap kecik, mungkin ada unsur2 penggunaan prostetik.

Jadi pendapat Ema, ya dia tak pernah pegi surgery. Dia cuma gunakan prostetik, sejenis alat bantuan untuk tambah anggota badan. Uols pernah tengok kan citerr hantu/ zombi atau makhluk aneh, selalu diorang ni dimekapp guna prostetik. 




3. Follower IG Sahar Tabar naik mendadak. Petang khamis tu, dia dah ada 365 RIBU pengikut. Dan yg terkini pada jam 6 petang 1 Dis 2017, dia ada 509 RIBU pengikut. Semua selfie dia dalam insta menonjolkan tulang pipi tajam dan bibir pouty hot seksi ala-ala muka Jolie.



4. Sahar Tabar padam hampir kesemua gambar 'sebelum' dia mempunyai wajah yg sekarang ni.



Jadi, gambar pertama dia (yg kat bawah ni) ada kat IG bertarikh 23 Mac. Itu pun muka dia dah berubah secara drastik dah.


5. Gambar paling 'sebelum' milik Sahar Tabar dikantoikan oleh pemilik Twitter.

Aduhh lawa gilerrr kot muka sebelum ni. Hmm tak tahu la nak cakap apa. Tapi Ema still rasa dia guna prostetik. Takkan la dia tergamak nak menjahanamkan muka dia yg super beauty tu. Pakai prostetik ni sementara je, tapi kalau bedah, memang kekal.



Apa pendapat uols pasal Sahar Tabar? 
Betul ke dia buat plastik surgery atau cuma gunakan prostetik? 

Artikel Terkait

12 Luahan Hati

Wah mendadak Naik insta dia.. tapi buruklah macam tu

Hmm... orang luar ni jenis muka dah lawa, suka diburuk-burukkan dah kenapa ye? Lawa orangnya ni. Saya speechless gak dia buat pembedahan atau prostetik. Tapi kalau muka berubah-rubah tu mungkin la prostetik..

tangg follower tu mmg gempak habis la, kita nk dapat 1k follower pun terkial-kial. hahaa

kalau awak speecless, Ema lagi la plakk, murung terus taknak makan. geram ada, kesian pun ada. sayangnyaaa...

Obses tak bertempat namanya ni. Yg sedia ada dah lawa dah, yg diubah ni 100 kali lebih buruxxx dari yg sblm ni. Ni kalau terserempak Mlm2 kompom ai lari tak cukup tanah. Seramm...

jangan nanti suatu hari, dia menyesal. Baru tahu nasi dah menjadi bubur

Nampak horror. huhu. Muka asal dia dah cantik. huhu.

errr..muka original much more better & cantik dari Angelina Jolie..huhu..macam2 orang ni,kan...

hmm entah la, ni kes tak reti bersyukur la ni

itu la, muka asal dah cantik letops, nak jugak jadi zombi hah

aah, asal nya memang lawa, sebelum surgery tu


EmoticonEmoticon