Friday, December 1

Siapa cakap bilik pengantin tak boleh hias dengan tisu?

bilik pengantin guna tisu

Semua adik² kesayangan merasa penangan seni tisu ni. Memasing ada keunikan tersendiri tau. Persamaan nya, tisu digunakan untuk hasilkan benda yang lebih kreatipp. 

Sorang dapat >PELAMIN NIKAH TISU< , sorang lagi dapat backdrop tisu untuk bilik pengantin. Ema sendiri bereksperimen kat diri sendiri masa buat >PELAMIN SANDING GUNA TISU<

bilik pengantin guna tisu

Ini adik no.2. Nama dia Aida Soleha. Terima kasih kat dia sebab bagi Ema (kakak dia yg suka menyebokk ni) menyumbang bakat yg tak seberapa. Matlamat: jadikan tisu sebagai latar belakang bilik pengantin. Apapun, paling penting mesti ada tisu & dawai mata punai.

bilik pengantin guna tisu

Bunga tisu kali ni lebih kalerfull sebab kami gunakan tisu warna warni. Korangg cari je kat mall, belambak tisu ni dijual. Dari segi rege, mahal sikit la berbanding tisu yg pernah Ema gunakan sebelum ni. Boleh tengok balik belanjawan & cara buat pelamin tisu kat >PELAMIN JIMAT GUNA TISU<

bilik pengantin guna tisu

Nak dapatkan kuntuman bunga camni, korangg kena gabungkan warna yg ada, kecuali kaler hijau. Sebab hijau tu Ema nak buat daun kononnya. Hehehe


Ohya, berbeza dgn pelamin tisu yg kami buat sebelum ni, guna gam tembak lekat ke dinding. Untuk backdrop bilik Aida ni, Ema gunakan stand photobooth. Kos dia tinggi sikit la. Mujurlahh stand ni memang dah ada kat rumah sebab kengkadang amik tempahan photobooth.

bilik pengantin guna tisu

Simple je kan? Janji korangg suka, so layankan je la. If tak suka, buat je ikut design korangg nak. 

bilik pengantin guna tisu

Okke sambung balik poncot tisu tadi. Sekarang ni dah buat dalam 5 ke 6 kuntum bunga. 

bilik pengantin guna tisu

Nak terus letak camni pun comeyh jugak. Korangg kena pandai susun je la.

bilik pengantin guna tisu

Ema plakk suka dia penuh. So, sumbat dan sumbat lagi habis penuh lebar satu dawai punai ni. Hahahahaa.... Ohya, kawasan yg kena tutup dengan langsir tu, korangg takyah la rajin sangadd nak sumbat situ. Bukan nampak pun kan.

bilik pengantin guna tisu

Yeay siap dah!

bilik pengantin guna tisu

Semua gambar kat atas ni, amik guna phone. Lawa jugak kan? Macam biasa, kalau korangg nak lagi kebaboom, boleh cuba tangkap gambar guna camera DLSR ke. (kamera tu pun dah 3 4 ribu, huhu). Jadi, terpaksa la upah sorangg photographer bertauliah. Yang penting, gambar ni akan jadi kenagan terindah sampai bila-bila.

bilik pengantin guna tisu

Tahniah Aida Soleh dan pasangan. Semoga berbahagia till jannah. EmaLisa sayang kau wei. Take care always. Okie tu aje ya korangg, next time Ema akan kongsi 'boleh ke tisu nak ganti dengan kertas?' Hah... next time okke. Thanks sudi baca, bye bye.

Artikel Terkait

2 Luahan Hati

untuk ootd pun lawa,mne tau nak berangan dlm bilik sorang2 :'D

aah betul gak tu, memang sesuai buat hiasan bilik sendiri walaupun bukan untuk bilik pengantin


EmoticonEmoticon