Thursday, December 14

Gantikan backdrop tisu dengan kertas, menjadi jugak.

bilik-pelamin-tisu-atau-kertas

Biasa dengar orang buat backdrop guna tisu kan? Macam Ema sendiri dah ada pengalaman buat backdrop tisu sebanyak 4 kali. Kesemua hasil seni guna tisu tu, Ema kongsikan dalam blog ni. Klik je link kat bawah ni kalau uols nak tahu bajet, cara buat dan sebagainya:



Cara buat guna kertas tak jauh beza bila uols gunakan tisu. Kalau boleh gunakan kertas origami berbentuk petak, lagipun lebih nipis. Masa ni disebabkan pengalaman pertama Ema guna kertas, jadi banyak juga terlepas pandang. Boleh pulakk beli kertas A4 , tak pepasal ada kerahan tenaga gunting kertas tu jadikan bentuk petak. Hik hik.


Dawai yang digunakan agak berbeza. Kalau guna tisu, uols guna dawai mata punai. Yang ni jenis petak (sebab time tu tak jumpa yg mata punai punya) Hahahaa...  Jom tengok apa jadi lepas tu.

bilik-pelamin-tisu-atau-kertas

LUBUK SENI

Tali rapia tu kenkonon buat macam garisan la. Ikut kreativiti uols, kalau rasa nak guna marker pen je pun boleh. Takde sapa kisah, takde sapa pun nak marah. Hahaha suka hati hangpa la.


Disebabkan guna kertas lebih tebal dari tisu, uols kena buat kerja lebih sikit. Kena tembakk dengan gam supaya kertas tu lekat kat dawai. Tisu boleh sumbat je sebab dia nipis dan ringan.


Depan belakang dawai tu kena tembak dengan gam je. Sejujurnya, agak leceh dan amik masa lebih sikit berbanding tisu. Cuma kelebihannya, bila pilih kertas uols boleh request apa-apa kaler. Tak macam tisu, terhad kat warna tertentu. Okke la selebihnya, jom layan gambar kat bawah:

LUBUK SENI

bilik-pelamin-tisu-atau-kertas

bilik-pelamin-tisu-atau-kertas

LUBUK SENI

Palang kayu untuk sangkut backdrop kertas ni Ema dah tunjukkan kat >PELAMIN JIMAT GUNA TISU< sama je buatnya, jadi tak payah la Ema terangkan lagi. Kejang jari ni dok typing je tau. Hihi


Tu dia pengantin gojes, NUR HAZWANI BINTI KAMARUDDIN, my super buddy forever. Tahniah beb, selamat melayari bahtera perkahwinan buat pengantin baru Wani dan Pojie. Semoga bahagia till jannah, dikurniakan rezeki melimpah ruah dan anak-anak yg soleh solehah. 

bilik-pelamin-tisu-atau-kertas

Alhamdulillah dia heppi sangadd dengan bilik pelamin hiasan backdrop tisu ni. Ema pun opkos double heppi bila dia hepi. InsyaAllah kalau ada sesaper nak tanya pasal backdrop kertas ni, tanya je. Ema sangat berbesar hati nak jawap semua soklan berkaitan hasil seni kat lubukseni.com

LUBUK SENI

Memana yg kurang kat backdrop kertas Ema buat ni, minta maap sangadd. Consider tu first time Ema buat. TIPS LAIN UNTUK BACKDROP KERTAS:
  • Lebih cantik kalau gunakan maksimum dua warna. 
  • Kalau nak tiga warna, makesure jangan terlalu kontra. 
  • Ohya, gunakan warna langsir yg lebih kurang kalernya dengan backdrop kertas. Sebabnya, kaler kertas lebih terang memancar berbanding tisu yg nampak lembut bila dalam gambar. 
Okke la rasanya tu aje nak kongsi. Apa pendapat uols, lebih sukakan backdrop guna tisu atau guna kertas? Tinggalkan komen uols kat bawah ni untuk rujukan yg lain. Thanks.

Artikel Terkait

5 Luahan Hati

Waww cantiknyaa. Nampak kertas lebih tahan dari tisu. tisu soft jeaa.

kertas nampak macam keras...tisu tu lebih lembut dan macam sesuaiiiii sgt...

kalau pakai kertas ada banyak pilihan warna tp tulah dia keras sikit dari tisu hehe

yup betul. pakai kertas agak kejung sikit hehe. kalau pakai tisu kan dia nampak beralun2 cantik je bila kena tiup angin kann..


EmoticonEmoticon