Header Ads

10 Tips bergembira di Universal Studios Singapore.

10 Tips bergembira di Universal Studios Singapore.

Masa ni trip Ema ke USS dengan dua orang sahabat, Wani dan Fara. Kitorangg rancang hampir dua bulan gak la. At first place, Krabi kononnya. Krabi entah kemana, so kami makan crab (ketam) je la. Pstt entry ni sebenarnya Ema dah publish 30/04/2015, cuma re-publish semula sebab ada yg tanya tips ke USS ni. Harap entry ni membantu uols ya. 

Here we go, Universal Studios Singapore.


 Ini kali kedua Ema sampai ke Singapore, cuma kali ni je ada peluang gi USS. Jadi nak kongsi pengalaman sebagai orang yang pernah sampai kesana.

Beberapa tips yang ingin Ema nak kongsikan:

1) Ambil terus pakej khas ke USS, kalau dari JB harga biasa dalam RM200. 

2) Bawa roti dan air mineral untuk jimat kos. Makanan sana sangatlah mahal. Tebuk sikit lubang kat plastik roti dan kempiskan untuk elakkan beg kembung. ‘Chewing gum’ tidak dibenarkan di Singapura.

3) Pakai kasut yang selesa. Kena ada contigency plan bilamana waktu hujan. Nasib kami time tu kurang baik, hujan melebat dari pukul 3 hingga 4 petang. Baju hujan ada dijual disana. Cuma kasut je basah sikit sebab ada certain tempat di USS tak berbumbung.

4) Beg yang kecil  jenis sandang lebih selesa. Tapi AWAS, kalau beg kecil, lepas tu bawa memacam, jangan merepekk nak member lain bawakan barang uols (spesis tumpang beg). Tapi OK je kalau bergilir bawa beg tu kan.

5) Tak Perlu DSLR, compact camera @smartphone pun okke dah. Jimatkan bateri, gunakan satu je phone untuk sesi bergambar dan selfie.

6) Bawa 50 SGD pun dah cukup. Cukup sekadar membeli cenderahati. Harganya lebih kurang saja di Malaysia. Burger Malaysia RM5, burger Singapore 5 dollar. Hakikatnya, ianya 4.08 kali ganda lebih mahal dari barangan di Malaysia. Phewww..

7) Baucer 5 + 5 Dollar : Tiket USS dapat sekali 5 Dollar untuk makanan dan diskaun barangan 5 Dollar jika uols beli barang kat USS melebihi 30 dollar.

8) Nak Main Apa Dulu ? : Terpulang nak main apa dulu, janji main semua permainan kat situ. Refer maps USS, uols WAJIB pergi semua tempat “Attractions” di semua 7 lokasi.

9) Solat + elakkan buat-buat lupa : Awal² lagi niatkan musafir, jadi solat zuhur dan asar boleh dijamakkan. Ye jamak qasar gittuw. Sebesar-besar USS tu, surau dia muat 10 orang je. Itupun bersesak. Mujur ada gakk la surau dari takde langsung.

10) Banyakkan sabar: Kena beratur 20 ke 30 minit semata-mata untuk menikmati aktiviti selama 1-2 minit. Ema tak pasti pasal Express Lane samada group tertentu atau kena beli tiket khas yang bagi peluang uols buat aktiviti tanpa perlu beratur.

Add On:
  • Pergi weekdays. Jangan pergi pada weekends atau public holiday. 
  • Digalakkan bergerak ke kanan selepas pintu masuk iaitu ke arah tema New York dan Sci Fi. Supaya dapat buat aktiviti di Sci Fi iaitu Transformer di awal trip.
  • Never ever POTONG LINE, budaya beratur sangat diterap dikalangan pengunjung. Uols akan dimaki begitu dasyat oleh ramai orang walaupun tanpa sengaja terpotong barisan.
  • Do some research to make your journey more meaningful.


BAJET PER PERSON (3D2N) 
Ema refer balik bajet DUA tahun lepas. Sekarang bajet naik memandangkan kewangan negara kita. Kitorangg bertiga gerak dari Nilai, Negeri Sembilan naik kereta sendiri (bukan sewa) menuju ke USS Singapore. Kalau uols kaki shopping please bawa extra money ok!
  • RM 260 (convert to Dollar Singapore, lebih kurang 100 SGD)
  • RM 115 Tol+minyak (owner kereta tak perlu sponsor tol dan minyak
  • RM 200 Tiket USS (sekali dengan baucer 10+5)
  • RM 80 Sewa bilik Hotel Sentral JB (3 hari 2 malam)
    Hari 01 (JUMAAT 24 April 2015)
    • RM 10 (Masa otw pergi, singgah RnR beli jajan, asam, buah dll)
    • RM 8 Makan di Foodcourt JPO (barang branded murah meletopsss)
    • RM 32 Dinner di Seafood Kampung Senibung (food heaven)
    • RM 10 Pasar Karat (banyak benda pelik dijual disini)
    • RM 6 (beli roti dan air mineral untuk bekalan ke USS)
    Hari 02 (SABTU 25 April 2015)
    • Its time to use ur SGD this day. Full day in USS... 
    • RM 4 Fun fair Danga Bay main keretapi (RM 2 per token)
    • RM 20 Dinner di Restoran Singgah Selalu (food heaven)
    Hari 03 (AHAD 26 April 2015)
    • RM 7 Makan tengahari di Medan Selera (pekena Kacang Pool)
    • RM 10 (Masa otw balik, singgah RnR beli jajan, asam, buah dll)
    [Anggaran jumlah belanja kasar: RM 762]
    Ema come back with 59 SGD, convert to Malaysia Currency = RM 160.
    Anggaran jumlah belanja bersih setelah SGD di convert, 760-160= RM 600/seorang

    10 Tips bergembira di Universal Studios Singapore.

    10 Tips bergembira di Universal Studios Singapore.

    10 Tips bergembira di Universal Studios Singapore.

    10 Tips bergembira di Universal Studios Singapore.


    10 comments:

    1. thanks for all the calculation! Dah pernah pegi but nak repeat lagi soon... tak puas sbb that day like few years back, pegi cuti skolah so banyak ride yang tak sempat naik :(

      ReplyDelete
    2. tak pernah lg pergi singapore

      ReplyDelete
    3. Rasanya sekarang harga dah beza banyak..tapi boleh apply untuk jalan-jalan cuma kena tambah duit je la

      ReplyDelete
    4. bestnyaaa , nice post. at least orang bleh agak dh berapa ehehehe. selalu mush cari idea post mcmni. bagitau semua benda nanti senang klu org lain dh pergi dapat another ilmu before ke sana thanks for sharing !

      ReplyDelete
    5. btww, awak ke sana naik apa ? ticket tu pakej ke? pakej tu inc apa ja?

      ReplyDelete
    6. bestnya USS, tak pernah pergi lagi

      ReplyDelete
    7. LeYa pun dah sampai USS bersama suami. Memang best.. Dan memang kena berjimat sikit di sana sebab matawang die jauh beza dengan Malaysia. Tapi dapat jimat penginapan sebab ramai keluarga suami di sana..heehehe..

      ReplyDelete
    8. wow macam menarik je. lebih mudah kalau ada bajet camni

      ReplyDelete
    9. bagus la penulis sediakan bajet macam ni, boleh jadikan rujukan

      ReplyDelete

    Powered by Blogger.