Wednesday, November 29

Photobooth 'tisu pelangi' penyeri majlis Iza & Hashim.


First time sebenarnya buatkan photobooth tisu untuk kastemerr. Selalunya, hot item kastemer pilih photobooth 'chalkboard' dan 'bunga kipas'. 

Alhamdulillah berjalan lancar. Walaupun EmaLisa dah share cara buat backdrop tisu kat >DIY BACKDROP TISU<  tapi still ada booking slot dan amik tempahan dengan kami. 

Mujur waktu tu kami free, alkisahnya buat photobooth ni sebab kami suka kerja2 seni ni. Hehehee Tapi biasalahh kengkadang sibuk dengan hal kerja yang sepatutnya, jadi hobi cenggini terpaksalahh uols booking awal (kalau berminat dengan servis kami).

Photobooth jenis ni kami amik upah RM300++, tengok lerr nak tambah servis apa. Dapat sekali design FREE Welcome Board dan FREE props untuk bergambar. Guestbook dia ni pun kami buat, handmade tau, cantik kan? Ohya, ada assistant yg incharge kat booth ni. Assintant amik gambar tetamu, tolong apa yg patut dan standby kat photobooth almost 4 hours. 

Kalau ada tetamu nak selpi pe sume, kami sediakan servis cuci gambar terus siap. Gambar tu semua kita tampal kat guestbook. Assistant akan pastikan tetamu yang lalu lalang wajib tulis ucapan dalam guestbook. Paksa tulis! Hahaa gurau.

Psttt berapa kerat je nak tulis buku tu kalau takde sapa jaga? Hah itu la gunanya assistant photobooth. Kompom guestbook tu meriah ngan memacam ragam, ucapan meleret senyum sampai telinga & gambar kastemerr dalam buku tu.












Artikel Terkait

2 Luahan Hati

tenkiu anniah. hobi je ni, isi masa lapang. hehe


EmoticonEmoticon