Friday, November 17

Pelamin nikah RM21, ter-over jimat sebab guna tisu.


Hah ingat lagi tak kisah viral pelamin jimat guna tisu? 

Masa tu memang niat nak sanding atas pelamin simple & jimat. Tak sangka pulak ramai yang minat dengan hasil seni tersebut dan menjadi tular kat media sosial. Pastu, Ema kongsikan kat Pelamin Jimat Guna Tisu (klik sini)

Kali ni, Ema nak kongsi guna tisu buat PELAMIN NIKAH pulak. Waktu ni, Ema buat pelamin khas untuk adik Lisa menikah.


Opkos sangat jimat. Hype! Nak lagi menarik, tambah kain langsir mak korangg, FREE je. Hahahahaa. Alaa, kalau beli kain jersey baru pun tak sampai RM50 tau. If uols tak rajin ber-DIY macam kami, upah je lahh orang buat. Dalam 300 ke 400.

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

RM21 tu untuk rege tisu aje. Kalau semua serba serbi beli baru cecah RM200 gak macam Ema buat Pelamin Jimat Guna Tisu dulu. Harga still murah sebab buat sendiri / DIY. Kebanyakkan barang semua ada kat rumah, tinggal beli tisu je. Jangan Ema dikecam dahh la. Hihi

ALATAN/BAHAN
tisu x 10 bungkus RM2.12 = RM21
dawai mata punai
paku simen untuk sangkut dawai
*latar belakang tu nak letak kain boleh, taknak letak pun boleh. Kain jersey (Ema recycle balik kain yg guna masa Ema sanding & buat Pelamin Jimat Guna Tisu
salotepp
pasu hiasan jika ada
carpet jika ada
bantal duduk jika ada
dan alatan & hiasan lain yang bersesuaian

Sebenarnya step by step cara buat dah ditunjukkan dalam entry Pelamin Jimat Guna Tisu. Jadi daripada entry tersebut, uols dah boleh tahu cara buat. Bila dah faham, barulah ada idea nak kembangkan lagi pelamin tisu ni jadi memacam.

ni keadaan rumah sebelum kerja kerja pelamin bermula

kami gunakan salotepp tampal kat dinding. Pastu tembak gam gajah kat situ & lekatkan jain jersey tadi. Ohya, sebelum tu, korangg buat draf ya nak buat pelamin gaya apa. Jangan men tembak merata japgi kena bukak balik dah satu hal.

Kalau nak buat cara ni, make sure kiri kanan tu panjang nanti boleh tarik dan ikat dua macam dalam gambar. Kengkonon langsir besarr la. Hehehe

Camni la rupanya. Sibuk je la budak tu layan kartunn. Iskk. Untuk bunga hiasan, uols recycle, pakai je apa yg ada. Kumpulkan semua yg ada dalam rumah, nanti baru ada idea nak gabungkan bunga kaler apa.

Tanda harga pun ada lagi yang tak bukak. Alkisahnya, dulu beli bunga ni terus sumbat ke pasu. Setangkai 5 kuntum bunga camni, uols boleh dapat RM3.50. Kena pandai cari sebab paling mahal untuk bunga yg sama, ada yang jual sampai RM8 setangkai.

Berangan sikit nak letak tisu kat mana. Ikutkan Ema nak penuhkan tisu kat bahagian bawah tu aje. Sebab nanti nikah, pasangan dok lantai, takde kerusi pun pelamin ni. Hiks.

Bahagian dawai yang dipotong, uols lipat dua & tampal (depan belakang) guna salotepp. Sebabnya, kalau tak buat camni, dawai akan menarik kain. Nanti kain jersey nampak tak lishinnn dan berkedut kann? Dalam gambar jadi tak lawa la.

Ema potong panjang dari hujung kanan dinding ke hujung kiri dinding. Buhh paku simen pastu sangkut je dawai ni. Tarik setegang yang boleh ya. 

Kalau panjang sangat, kat tengah dinding tu pun kena ada penyangkut untuk sangkut dawai punai tu. Sebabnya nak bagi dawai bebetul rapat ke dinding. Faham ke ni?

Waktu ni Ema baru buka 3 kotak tisu berlainan jenis. Pernah jumpa takk tisu ni? Cara sumbat tisu ke lubang dawai, uols boleh rujuk Pelamin Jimat Guna Tisu.


Susun tisu ikut kaler. Kalau guna banyak kaler putih, pelamin tu akan lebih ke warna suci murni aman damai. Kalau terlalu banyak guna pink, abeh memancar la pelamin tu. Hehe

Buat sebaris demi sebaris. Kalau uols fokus, semua ni boleh settle beberapa jam sahaja. Takde la ngadap sampai satu hari. Masa Ema buat, dari mula sampai habis dalam 5 jam (sambil melayan borak dan layan juga cerita hindustan time tu, tu yg lama tu) Hihi

Cantik kan? Ema bebetul suka pelamin tisu ni.

Okke la, dah separuh penuh. Lagi separuh je lagi.

Sekarang nak buat bahagian duduk pulak. 

Ema takde carpet lawa. Nak beli baru semata² pakai sehari ni memang agak kedekut. Hiks. Jadi Ema gunakan alas meja berbulu yg kami guna untuk photobooth. Taraaa jadi pun carpet mahal ni ! Hehehe. Tindih je diknon & tegangkan. Dah siap.

Amboi lawa sangaddd ni. Siap dah pun pelamin nikah jimat. 

Gambar atas ni kebanyakkannya pakai kamera enpon cokia je, tu pun dah lawa dah. Ada bajet lebih, kita upah photographer. Kompom gambar uols semua esklusipp belaka macam gambar bawah ni.


Ramainya adik Ema dalam gambar ni, semua ada tau. Dari kiri : adik no.2 (ann), mama, adik no.4 (umai), adik ipar (amir), adik no.1 (lisa), adik no.3 (maisa), ayah, Ema



Majlis berjalan lancar dan mereka selamat dinikahkan. Alhamdulillah. Tahniah Lisa & Amir, semoga kamu saling menyintai till jannah dan menikmati hidup bahagia bersama. Aminn.

Artikel Terkait

6 Luahan Hati

Uishhh..kagum..DIY pelamin..salute..kak fiezz kalau rajin DIY pun hat yang simple-simple je...

Mak aiiiii...kagum SA...nak buat la macam ni wedding akak nanti semua DIY..in real mmg x berapa cantik nampakny kan..tp dlm gambar cantik habisssss...salam kenal ye Ema..Kak SA dari #AFB

Wahhh...cantiklahhh...nak try buat jugak lahhh

Bestnya kak fieza pun suka diy ya. Boleh geng dah ni 😘

Luar cantik juga sbnrnya. Gambar dlm phone, tgk jenis phone tu. Kot pakai oppo selfie expert mgkin double lawa. Hehee...

Serius cantik, ema dh terjebak 4x ber-DIY guna tisu ni 😱


EmoticonEmoticon