Monday, November 13

Nak belajar asas niaga online secara percuma? Ini caranya.


Satu perkataan je nak cakap,
BERBALOI!
Tengok la tu semua muka puas. Hahahaa

Program eUsahawan anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sebenarnya untuk peniaga kecil²an belajar asas perniagaan digital. Yang bestnya, semua ilmu yang dikongsi oleh trainer, uols dapat FREE je tau. 

Sehari sebelum program, dapat invitation melalui whatsapp. Mujur tergerak hati Ema nak baca whatsapp berjela eUsahawan. (Alkisahnya, aku ada perangai malas baca, suka SKIP whatsapp karangan panjang dari zimbabwe ke afrika). Huh nasib baik, memang rezeki lah kan.

Disebabkan FREE,
maka Ema dah melayann DUA kelas. Hehee

Tarikh: 10 Nov 2017, 12 Nov 2017
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : EduFly, KL



Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Kelas ada seramai 18-20 orang. First time gi kelas kena bawak laptop, jadi Ema standby extension plug. Dah sampai sana, rupanya ramai hamba Allah memerlukan plug nak cas laptop memasing. Hihi.



Rezeki berjumpa trainer yang sangat humble, Fatma Suriati Yahya. Walaupun kelas kami pagi ke petang, tak sangka sempat berkongsi bermacam perkara. Antaranya:

1) Praktikal buat schedule di page
2) Trik logo percuma tanpa upah designer
3) Design FB cover tanpa guna photoshop
4) Kenali Avatar untuk run ads
5) Praktikal buat Boost Post Ads di FB
6) Asas buat copywriting untuk run Ads
7) "Bagi makan ikan dalam kolam"
8) Cara dapatkan keyword untuk SEO
9) Cara buat website percuma
10) Cara setting trending ikut keyword
11) Tips ambil gambar produk kasi cun
12) dan lain lagi....

Banyak kan topik yg dibincangkan? Ema paling excited belajar no 5, 8 dan 10 tadi. Memang best lahh! Walaupun secara asas, atleast uols dapat lah sesuatu biler join kelas ni.

Agak² selow sangat, uols boleh la pi kelas berbayar atau cari personal coaching. Contohnya nak belajar buat FB Ads, bayar dalam satu kelas pun dah ratus² kan. Ramai je sifu boleh ajar, tapi apa salahnya join kelas percuma ni kan, uols bukannya rugi apa² pun. Hah kalau uols berminat leh dapatkan info terkini pasal program ni, klik direct whatsapp:

wasap.my/60136483362
wasap.my/60136483362
wasap.my/60136483362

Ohya, kelas ni ada di seluruh malaysia. Trainer under eUsahawan MDEC agak ramai, jadi kena whatsapp dulu untuk tahu lokasi dan tarikh terkini, yang penting dekat ngan tempat uols.

HARI PERTAMA EMA JOIN EUSAHAWAN
10 NOVEMBER 2017




HARI KEDUA EMA JOIN EUSAHAWAN
12 NOVEMBER 2017





Tips nak join kelas ni:
  • Sarapan pagi disediakan, kalau tak sempat sarapan, uols takyah risau kelaparan
  • Bawak produk sendiri untuk display, flyers & name card, sangat berguna masa ice-breaker (sesi suai kenal)
  • Bawak extension plug, walaupun uols tak pakai, akan ada orang lain yg akan guna nanti (jadi uols dah berbakti kepada masyarakat
  • Be humble dan penuh sikap keterbukaan. Jangan expect kelas FREE ni macam kelas Azizan Osman (contoh) atau kelas SifuFBads (contoh) atau seangkatan dengan nya.
  • Be friendly, se-sambil pi kelas, uols leh dapat networking baru
  • Apa je arahan dalam kelas, buat dengan pantas. Benda yg uols buat waktu pagi tu akan digunakan untuk aktiviti petang. Make it fast & on time. Kurangkan blurr tuh. Hiks
Okke tu je tips, gudluck semua!

Artikel Terkait