Tuesday, November 28

Bilik pengantin DIY tambah menarik dengan scallop.

lubukseni


Jangan salah faham ini bukan scallop kerang tu. Mungkin disebabkan bentuknya macam kerang, jadi orang kita (termasuklahh Ema) dengan sukati je bagi nama scallop. Kih kih. Scallop sejenis langsir berbentuk kerang (langsir scallop / royal scallop) atau omputih panggil swags. 

lubukseni

Masa Lisa nikah aritu, Ema berpeluang deko-deko pengantin bilik dia. Alaa kami buat simple aje, majlis kecik molek gitu. Dan seperti biasa, kami adik-beradik start hias bilik dua hari sebelum kejadian. Kami gunakan kain jersey, terus tembak dengan gam panas tu. 

lubukseni

Uols takyah risau langsir ni tetiberr jatuh. Memang kuat tau! Melainkan uols bergayut mengalahkan tarzan, memang sah la langsir lekat ngan gam tembak tu tercabut., huhuu. 

lubukseni

Nak lagi cantik, uols tambahkan langsir scallop tu. Cara buat lebih kurang kat bawah. Potong kain berbentuk 3 segi sama kaki. Macam bentuk kon aiskremm tu. 

lubukseni

Kon aiskrem tadi, kita lekat 3 penjuru camtu. Ingat ya, scallop uols akan besar kalau 3 segi tu besar. Pepandai nak adjust camne. Ema gunting pun main agak2 je, tak de ukuran. Apepun, scallop besar atau kecik, tetap membantu mencantikkan pelamin uols. 

lubukseni

Pastu, kita tambah lagi lapis bawah supaya nampak lebih menarik.

lubukseni

Biasanya, pemilihan kalerr untuk lapisan kedua adalah berbeza dengan warna scallop. Uols boleh pilih kalerr cerah sedikit atau kontra, bergantung pada citarasa memasing.

lubukseni

Busak mana la tu kena selubung dalam kain.
Malu lahh tu ( >.< ) hik hik.

lubukseni

Ni pulak gambar secara dekat bahagian atas langsir. Main lekat je ni guna gam tembak. Uols jangan guna paku takut nantu pecah pulak cronice siling tu. Bila pakai gam, nak tanggalkan langsir takde tinggalkan kesan tau. Tak caya? Ce try buat.

lubukseni

Hah siap pun. 

lubukseni

Kami buat langsir bilik pengantin secara menegak ke atas. Bila amik gambar melintang, tak nampak la scallop nya. Jadi, kalau uols nak nampak penuh sampai ke atas, amik la gambar secara menegak okke. Ataupun uols leh pendekkan lagi kedudukan scallop atau lebarkan langsir belakang tu.

Selamat mencuba!

Artikel Terkait

4 Luahan Hati

Diy jimat bajet dah lah cantik

tu la kan, memang jauh beza kos diy dengan kos upah orang.

Kreatif dan jimat. Lama dah tak main deko-deko ni.

jom la men-deko. boleh hilang stress tau


EmoticonEmoticon