Wednesday, November 29

Berbusana Pahlawan Melayu di Ladang Alam Warisan.


Belek-belek album lama, terjumpa satu folder. Bila bukak, cecepat otak ni melingkari waktu lalu. Hah Ema terus terbayang suasana kat Ladang Alam Warisan (LAW). Lisa pun ada waktu tu. Kami berbusana ala-ala Tun Teja, Dayang Permaisuri, Bendahara Istana, Pahlawan Melayu dan lain lagi. 

Kalau tak silap, waktu tu ada Pertandingan Gasing Pangkah. Pahtu LAW buat rekod Malaysian Book of Record, pusing gasing sebesar pemeluk dewasa. Ehh berat gilerr tau, nak bawak gasing tu kena naik hilux. Heheh. Tapi berapa berat sebenar, Ema lupa dah. Almaklum lahh cerita 5 tahun lepas. Ema cuma tahu rekod yang berjaya dicatat gasing tu dalam 11 saat.




Apa-apa hal ahjom layan tetamu LAW berbusana waktu tu.





Hah meriah kan? 

Kalau uols meriah, apatah lagi kami yang datang waktu kejadian tu. Hehehe. LADANG ALAM WARISAN ni femes dah, korangg google je, kompom jumpa. Ramai jugakk la retiss pernah datang sini, termasuklah Rozita Che Wan dengan princess nya yg chumel tu, Sariyanti, Lisa Surihani, Yusri KRU dan ramai lagi.



Nama je ladang, tapi bila masuk je, uols akan nampak satu perkampungan Melayu yang unik. Pemandangan menghadap gunung & bukit bukau menghijau menyejukkan mata uols. Tu belum lagi dengan sebi binaan kayu lama.



Aktiviti paling femes kat sini, memanah dan berkuda cara Nabi. Jadi, kalau ada rezeki datang sini, wajib cuba dua aktiviti tu.Selain tu, ada aktiviti bagi haiwan makan. Haiwan kat LAW ada rusa, itik, kambing, burung unta dan lembu.




 Info lanjut, skodengg je FB Ladang Alam Warisan
https://www.facebook.com/ladang.alam.warisan/



Okke la, terpanjang plak entry pasal ni. Asalnya belek album lama je. Hehehe. Tenkiu semua mana yang baca sampai habis tu. Gigih tau, ni yang sayang lebih ni. Kih kih. 

Sekian, salam sayang dari saya, Ema Veto.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon