Header Ads

9 Manfaat kecantikan guna Vaseline sebagai rutin harian.

9 Manfaat kecantikan guna Vaseline sebagai rutin harian.

Pernah jumpa kan botol comel kaler kuning kehijauan dan bertutup biru? Paling mudah, jumpa kat Guardian atau Watson. Nama omputihnya, Vaseline.

Fungsinya menjaga kelembapan kulit & mempercepatkan proses pemulihan semulajadi kulit. Sebabnya, mengandungi petroleum jelly, minyak mineral & lilin.

Tapi kan, kesannya sementara mcm produk lain. Jadi, uols kena la pakai berulang 4-5 kali per day untuk dapatkan kesan terbaik. Waktu paling afdal masa uols nak tido sebab time tu la sel baru akan "dilahirkan semula".

Kelebihan VASELINE (V) sangadd banyak. Tapi kat sini nak kongsi 10 aje kelebihan paling Ema suka berkaitan kecantikkan:


1. BULU MATA LEBIH LENTIK :
Sapukan ke bulu mata secara melintang, dari akar bulu mata sampai ke penghujungnya. Buat cara ni dan biarkan satu malam. Hasilnya agak selow, jadi uols kena tabah , buat je setiap hari jadikan amalan sebelum tido.

2. KENING NIPIS (V + minyak castor) :
Sapu di bahagian bulu kening sekerapnya.

3. BIBIR KERING /GELAP (V + Minyak Zaitun/ Minyak Almond + sedikit gula perang) :
Skrub bibir seminggu 3 kali. Sapu perlahan sehingga kulit mati tadi mengelupas. Pastu kan, tiap hari calit sikit dengan vaseline. Kompom bibir cam budak skola rendah, merah jambu gittuw. Biasa nya lepas sapu kat bibir, kesannya hilang lepas kita makan. So, lepas kita makan tu, biasakan diri oles Vaseline ke bibir ya.

4. MERAWAT KULIT YANG PARAH :
Sapu rata ke bahagian muka bermasalah samada terlalu kering atau bersisik. Seloknya selepas mandi. V membentuk lapisan minyak yg menghalang proses pengewapan air pada kulit untuk kekalkan kelembapan. Pakai je bebanyak takde pun jerawat tumbuh. V tak buatkan liang muka uols tersumbat. Tapi V buatkan kulit lebih halus dan bersinar.

5. BUANG MAKE-UP (V + VCO /Minyak Biji Anggur /Minyak Almond) :
Kacau sebati & buat mcm make remover. Pehtu, uols guna tisu lembab dan pencuci muka. Hah muka rasa fresh & bersih je tau. Eh, ada tau make up remover yang buatkan uols hilang kelembapan kulit sebabnya zat kat kulit tu ditarik keluar. Tu yang jadi pucat lesi aje. Makanya, make sure uols guna produk yang betul. Kalau was2, guna je cara ni.

6. MENGUATKAN AKAR RAMBUT
Sapukan ke akar/ kulit kepala. Urut perlahan. Seeloknya pakai Vaseline ni waktu rambut tu kering. Untuk rambut bercabang, sapukan ke hujung rambut.

7. RAMBUT KERING & BERCABANG (V + minyak zaitun /minyak kelapa) :
Gaul rata kedua bahan. Sapukan ke bahagian rambut bermasalah setiap hari.

8. SIKU & LUTUT GELAP /KERING (V + Minyak Zaitun /Minyak Almond) :
Sapu kat tiap jari dan kuku. Sesambil tu, rajinkan diri urut sekali jejari & tangan.

9. KAKI KERING /TUMIT PECAH (V + Minyak Almond / Minyak Zaitun) :
Gaul rata dan sapu kawasan kulit kering tadi. Biasakan memakai stokin. Tapak kaki kita akan jadi lembab dan lembut pada esok hari.

        
[BONUS] Ohya! Kalau uols ada rezeki pi umrah/ haji... atau melancong kat negara kering & sejuk, wajib bawak Vaseline ya. Uols patut curi masa sikit untuk sapu ke muka, tangan ngan kaki untuk elakkan kerengsaan kulit disebabkan perubahan cuaca.

Amacam panjangkan entry kali ni?

Memang RUGI tau siapa takde sichumel Vaseline dalam bag. Petroleum Jelly serba boleh, rege pun murah aje. Modal sebenar hanya perlukan kerajinan.

15 comments:

  1. Bagusnya Ada tips ni. Banyak kegunaan vaseline rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Vaseline ni antara produk murah paling banyak manfaatnya

      Delete
  2. Vaseline mmg multifunction. GV dulu guna untuk kulit muka jika terkena jerawat. mmg cepat kecut jerawat tu. Sesuai juga untuk lembapkan bibir. Terbaik info kak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam beg wajib ada vaseline seketul. memang berkesan lebih2 lagi utk bibir kering pucat

      Delete
  3. azah pun suka guna vaseline. baik untuk bibir kering. terkadang kalau ada luka2 pun cepat sapu vaseline ni

    ReplyDelete
  4. sy suka guna vaseline ni. kadang rajin baru buh kat bulu mata n bulu kening.tp selalunya memang malas. hshahah sbb tak nampak sangat kesannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriusly akak tak tau pun yang Vaseline ni banyak kegunaanya..memang tau guna untuk bibir je..

      Delete
  5. kena amalkan selalu baru berkesan. lagipun bagus untuk kulit

    ReplyDelete
  6. vs ni amik yg original punya ye? best nyee

    ReplyDelete
  7. wahh byk kegunaanya ya..good info

    ReplyDelete
  8. Akak ingat lagi akak kerap guna dulu masa zaman muda- muda..eh agak lama gak la x jumpa Vaseline ni...lepas ni kena cari balik la sebab anak dara akak tu dah mula kering bibir..malas minum air la tu

    ReplyDelete
  9. Vaseline mmg byk kegunaan... Saya dulu guna untuk bibir kering & tumit pecah... Masa pergi umrah dulu, sebelum tidur, selepas mandi & sebelum keluar bilik tu mesti sapu vaseline nie pada bibir dan tumit...

    ReplyDelete
  10. terima kasih, petua ni sangat mudah dan jika amalkan selalu, ia berkesan pada kulit.

    ReplyDelete
  11. Lepas baca review ni,sayalah orang yg paling berpotensi untuk obsess dengan vaseline haha >_<

    ReplyDelete
  12. 9 Manfaat kecantikan guna Vaseline sebagai rutin harian.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.