Sunday, October 22

Mudahnya Backdrop simple untuk sambutan birthday.



Hi korangg. Entry kali ni Lisa nak share cara nak buat backdrop paling simple dan kacang goreng... Btw ni backdrop untuk parti harijadi ye dan tema yang dipilih adalah Hello Kitty.

So barang-barang yang diperlukan :

Cardboard kaler pink (4 keping-warna ikut suka)
Kertas warna hijau (warna ikut suka)
Gambar Hello Kitty size A4 (4 helai)
Huruf yang telah di cetak (ayat sendiri)
Peralatan (Gam, gunting, seletip double sided, marker pen, dll)


Okay ni ayat yang lisa nak letak kat backdrop tu. Takyah banyak2, just nama befday girl dgn umur dia je.


Untuk nama tu Lisa print je terus kat kertas A4. Ikut suka korang lah nak letak kaler apa. Tp Lisa buat nama tu bentuk bulat2. Kalau nak buat bentuk awan ke, bunga or bintang pon boleh.


Sebab tema Hello Kitty kan so kita print lah gambar dia. Kasi besar2 sikit.


Okay untuk tulisan yang nama MAIRA, Lisa tampal kat kertas hitam . Boleh pilih warna ikut suka.


Yang tulisan "TURNS TWO" pulak, Lisa just lukis line tepi je dengan marker. So siap part tulisan, tinggal tampal je.


Okay sekarang nak buat background dia. Ambik yang kertas warna tadi tu korang gunting lah dia panjang2. Sebab Lisa nak bg dia sama besar, so kita lipat lah dia macam ni supaya senang nak gunting.


Okay lepas tu kita gam selang2 kertas hijau tu atas cardboard macam ni. Saja pilih warna striking supaya nampak contra gitteww.


Tengok bila dah siap, cantik pulak kannn... Nanti dia jadi empat keping macam tu.


Make sure jalur tu semua selari bila korang cantumkan dia memanjang macam ni.


Okay next kita nak tampal Hello Kitty kat atas sekali. Korang nak letak keliling pon boleh.


Okay last sekali kita gam huruf2 macam susunan dalam gambar ni kat belah bawah Hello Kitty. Ikut suka korang lah nak susun macam mana. Tapi jangan letak bawah sangat sbb nanti nak ambik gambar takut tak tampak tulisan tu..


So dah siap !!! Hahahahah simple kan. Budak tadika pon boleh buat. Btw korang tinggal letak je seletip double sided kat belakang cardboard tu pastu boleh tampal kat dinding. Untuk nampak meriah, boleh letak belon / bunga / meja hias dengan makanan sekali dekat backdrop tu. Lisa bagi idea basic je. Yang lain boleh buat sendiri.
SELAMAT MENCUBA !!!


Artikel Terkait