Sunday, October 8

Gubahan dulang simple untuk hantaran

Hai lama dah kan Lisa tak buat post pasal idea gubahan ni. Jadi memandangkan kawan lisa kawen haritu dan Lisa pon ada lah tolong sikit buatkan dulang hantaran dia so apakata kita share sikit. Btw idea ni dari akak jugak (Kak Eja), Lisa tolong buat and tolong kacau je hiksss. Sangat simple dan senang nak buat.


So barang-barang yang diperlukan ialah :

Bunga Putih kecil yang banyak daun (ikut suka)
Bunga Rose Putih (5 kuntum)
Bunga Rose Kuning kuncup  (7 kuntum)
bunga Rose Kuning kembang (5 kuntum)
Bunga Orkid ( 2 kuntum)
Dulang hantaran (ikut suka)
Span Bunga
Gam Tembak + Pemotong dawai (dll peralatan yg diperlukan)


Okay mula2 letakkan hot glue di bawah span. Lepas tu lekatkan di penjuru dulang besi ni. (maaf gambar untuk step yang ni terdelete so Lisa terus sambung gambar step yang seterusnya ye hehe.

Start cucuk bunga rose kuning yang kuncup/kembang kat bucu span. Susun bunga tu bagi kembang nampak helokk bulat je kat span tu (kalau kembang dia besar sangat, potong tangkai bunga pendek sikit, nanti kembang dia kecik sikit)

Dah siap rose kuning, cucuk pulak 5 tangkai bunga rose putih kecik kat sebelah kanan. Penuhkan ruang tu bagi dia nampak penuh tau.

Dah siap cucuk rose putih kecik. Haa dah start nampak cantik dah tu hehe..

Pastu kita cucuk pulak bunga putih kecik yang banyak daun ni belah kiri span. Kasi penuh.

Bila siap dia akan jadi macam ni. Nampak tak lompong tengah tu, haa kita sumbat dia dengan 2 kuntum orchid putih. Kasi kembang gitteww...

Ruang kosong yang masih ada tu kita penuhkan dengan rose kuning pulak.

So dah siapp !!! Kacang goreng kan.. Dulang hantaran ni sis ambik sudut berbeza. Bila dah siap dia akan jadi sejambak bulat je kat dulang tu. Cantik kannn. Memandangkan pengantin nak tema kuning, so kita pilih rose kuning+bunga putih dan+ warna hijau daun supaya nampak matching sikit. Pilih lah bunga ikut tema korang. Dan untuk hiasan dalam dulang tu korang boleh letak sama ada nak kertas crepe atau kain bulu2 ke atau kertas yg macam sarang burung tu. 

Dah siap dulang hantaran. Cantik kan bila dah susun banyak2. Simple, Mudah dan Cantik.

SELAMAT MENCUBA !!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon