Sunday, September 10

Terjebakk ngan Isuzu Clinic, setahun sekali, rugi kalau tak join.


Memula join, kena buat pilihan nak semenanjung atau SabahSarawak.  Haishhh susah jugakk nak pilih, yela kan Ema ni dah berlaki. First time ni nak tinggalkan asben sensorangg lama² kat Kepong tu. Kalau pikir solo, lama dah pilihh SabahSarawak. Hiks.

ISC singkatan kepada Isuzu Service Clinic, dibuat setahun sekali. Event tahun 2017 ni rupanya dah masuk tahun ke-7. Customer Isuzu memang ter-nanti² event ni :

sebab diorangg sumer akan dapat :

FREE Checking diorangg nye kenderaan,
FREE makan pagi, tengahari & petang
FREE T-shirt Isuzu merah nyala.

Best kan? Hah pe lagi, benda FREE ni pun Crew event join sekaki lerr.
antara makan tengahari yang dihidangkan kat salah satu branch Isuzu .

Alaa wei, nasi beriani, nasi ayam, berkilo kalori oi. hahahaa kembangg lahh aku habis event ni. Menternak lemak join team ni OMG istifarr bebanyak la ye. Kihkih

Okke la nak kenalkan beberapa ahli Team ISC Semenanjung 2017.

Team wajib ada LIMA orang 
(1) Ema, (2) Nuriz, (3)Yan, (4) Fifi, (7) Mat
dan dibantu DUA bos (asben & wife)
(6) Elen & (7) Mem Yani

Untuk memastikan kelancaran event ISC ni, kitorangg diberi beberapa tugasan. Kerja senang kacang, tapi kalau buat sorang² boleh pengsan 10 hari gak la. Hahahaa.

Contoh kerja: 

pasang belon ISC, setting booth, catat nombor plat & milleage, agihkan baju dan lain². Ada rezeki, dapat la memandu truck pusing² pusat servis. Hihi.


Tu hah mak jemah sibuk dengan tag nombor. Benda ni akan diletak kat atas kenderaan yang masuk. Pagi je susun lawa, start tengahari amik ko berterabur semua di landa tsunami. Haha

Okke layan je la beberapa gambo kerja kitorangg sepanjang event ISC.






Atur kerja lebih kurang kat bawah ni laaa:

Kitorangg akan spend SATU hari kat setiap SATU Branch Isuzu (dealer).

Untuk semenanjung, ada 31 DEALER yang terlibat dengan ISC. Kalau ikut jadual, bila campur sabtu ahad, makan masa sebulan setengah gak la. Dijangka berakhir pertengahan bulan 10.


Jadi kepada sesiapa pun, terutamanya customer Isuzu yang nak join ISC ni boleh la refer jadual di bawah. Tak kisah la uols ada Dmax ke, MUX, Prestige Z, lori NLR ke, NPR ke,  segala macam tok nenek truck bawah brand Isuzu, maka semua boleh join okke! 

Jumpa kami kat branch tertentu, ikut tempat dan tarikh dalam jadual. Jangan nangis bucu katil pulaks bila tak sempat join kemeriahann event ni. Hiks.

JADUAL ISC - SEPTEMBER 2017

JADUAL ISC - OKTOBER 2017

Nanti Ema share lagi pengalaman SELAIN benda² kerja masa terlibat dengan ISC ni. Lepas ni akan cari cerita lain pulaks, sambil buat kerja sambil jalan² cari makan.

Okke uols, STAY TUNED. Jumpa lagi next entry.

Tenkiu sudi baca.

Artikel Terkait