Wednesday, August 30

7 Khasiat halba, antaranya rawat rahim & banyakkan susu.


Sesambil scroll fb, terbaca satu artikel ni sangat menarik hati. Cerita pasal HALBA, salah satu rempah ratus boleh tahan banyak dia punya manfaat (tapi ramai tak tahu). Artikel ni di kongsi oleh Wawa Mohamad & di share oleh kawan Ema, Nur Hazwani Kamaruddin.
Rasulullah saw bersabda : ' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Punya la tinggi nilai halba ni, setinggi nilai emas. Orang kaya duit akan simpan emas, kita pun kaya juga patut ada halba kat rumah, supaya kaya dengan kesihatan. Pahni berguni² halba patut ada kat sudut dapur tu tau.

Takyah dah nak berbelanja lebih padahal ada ubat yang lagi murah, berkesan dan mudah digunakan. Cari kat kedai mamak pun senang jumpa tau.


Halba ni paling mudah diamalkan bila diminum sebagai TEH .

Cara² nya : Goreng halba tanpa minyak (jangan sampai hangus plaks ye!) Masukkan dalam cawan & dicampur dengan air panas, biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah minum air sekali dengan biji halba tadi . Baki halba yang digoreng tu masukkan dalam bekas bertutup. Boleh amikk sesudu bila rasa nak minum. Amalkan selalu.


7 SEBAB KENAPA HALBA PATUT Uols AMALKAN

1. Manfaat kepada keseluruhan tubuh badan
  • Menguatkan jantung
  • Menghilangkan lendir tekak
  • Melegakan sakit kepala/ migraine
  • Berat badan ideal (samada terlebih berat atau kurang berat)
  • Mengawal kencing manis (stabilkan gula dalam darah)
  • Radang kulit dan Bisul
  • Memberi stamina kepada badan

2. Merawat sistem badan berkaitan pencernaan
  • Membuang angin
  • Menyembuhkan buasir
  • Menghilangkan kembung, sebu dan senak
  • Pencuci perut

3. Sangat bagus untuk wanita terutama di bahagian rahim
  • Melancarkan haid
  • Merangsang sistem peranakan
  • Mengurangkan sakit senggugut

4. Untuk ibu menyusu

  • Banyakkan air susu


6. Untuk anak² yang baligh/ cukup umur

  • Kecergasan
  • Kekuatan badan
  • Tumbesaran


5. Halba + Madu

  • Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
  • Anemia - disebabkan kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dalam darah, menyebabkan pucat dan keletihan.

7. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

  • Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.


MANA NAK DAPAT HALBA
Halba boleh je uols nak beli kat kedai mamak. Kal mall pun banyak jual, dalam bentuk pek kecil. Rege dalam RM1 hingga RM10 bergantung pada berat. Murahh kan? Nasi dagang Terengganu pun banyak juga dicampur dengan halba, tu yang wangi dan dapat khasiat lain. Halba juga campur kat asam pedas ikut cara orang Melaka.


APA NAMA LAIN HALBA?
Kelabet, Hu Lu Ba (Cina), Fenugreek (English), Vendayam (Tamil)

Okke laaa, rasanya cukup dah info takat di sini. Kalau uols ada tambahan, boleh la kongsi ya. Tinggalkan komen atau wasap.my/60136483362 untuk sharing.

Artikel Terkait