Wednesday, August 16

Kentut vagina itu normal, ia tidak seserius yang disangka.


Biasa dengar ayat momok kat bawah ni?
➿ "Bahaya tau kentut vagina, nanti suami lari"
➿ "Ada kentut vagina, dah tak umphh dah"

APA ITU KENTUT VAGINA
angin yang dibebaskan melalui faraj. Ia berbunyi macam keluar dari anus tapi takde bau.

BAGAIMANA KENTUT VAGINA TERJADI?
1. Udara BIASA (normal) ada dalam faraj.
2. Udara LUARBIASA yang datang dari penyakit usus, berlaku bila ada fistula (bukaan antara usus dan faraj menyebabkan najis dari usus masuk ke faraj). Ofkos, jenis ni berbau.

Faraj wanita yang dijangkiti kuman takkan ada masalah ini. Kentut vagina tu normal sebab faraj memang ada ruang berisi udara. Faraj bersifat elastik & fleksibel iaitu boleh mengembang & mengencup sebab terdiri dari otot.

JADI, APA PUNCA PENYEBABNYA?
➿ Bersenam
➿ Mengandung atau menopause .
➿ Pernah melahirkan anak
➿ Batuk yang kuat
➿ Hubungan seksual ( posisi yang tidak betul)
➿ Memasukkan sesuatu ke dalam faraj seperti penis, jari, tampon, douche dll.
➿ Prosedur kesihatan seperti kolonoskopi atau penggunaan speculum ketika pemeriksaan

Bila sesuatu dimasukkan, udara di dalam faraj akan ditolak keluar untuk mengelakkan tekanan di dalamnya. Jadi, berlakulah kentut vagina.

Sama macam bersenam, mengandung dan apa jua ektiviti, ianya mengubah kandungan udara di dalam faraj. Sistem badan sudah dicipta hebat oleh Allah, sebab tu udara tu dilepaskan.

KENTUT VAGINA BAHAYA ATAU TIDAK?
Tidak. Tetapi, ia bahaya jika berkaitan fistula (ada disebut kat atas tadi). Penyakit ni perlu buat pembedahan. Kalau ada rasa sakit atau berdarah waktu kentut vagina, cecepatt jumpa doktor untuk tindakan lanjut.

APA KAITAN DENGAN OTOT RAHIM?
Jika uols pernah berhubungan intim, pernah beranak, menoposs & berusia, maka otot rahim akan lemah sikit tapi tak bahaya pun.

Faraj tu kan otot, jadi kekuatan dia selari dengan otot badan yang lain. Senaman kegel boleh diamalkan untuk kuatkan otot rahim. Caranya: kemut otot di sekeliling faraj selama 10 saat. Pastu rehat jap 10 saat. Buatlah 10 kali setiap sesi. 1-3 sesi setiap hari.

Image result for kentut vagina

BUAT 3 PERKARA INI DAPAT ELAKKAN KENTUT VAGINA
1. Senaman kegel untuk kuatkan otot.
2. Ubah posisi sewaktu 'bersama' / bersenam.
3. Pessary - sejenis alat yang dimasukkan ke dalam faraj. Benda ni still udara boleh masuk cuma dapat halang bunyi keluar aje.

KESIMPULAN 
Kentut vagina ni NORMAL, melainkan kalau uols ada penyakit fistula.

Anak dara yang masih dara biasanya takkan kena kentut vagina. Yang memang ada masalah ni tak perlu jamu/ perapat/ maskers/ douche/meruang untuk kentut vagina. Benda ni semua kalau tak betul gaya, akan mendatangkan penyakit lain dan jangkitan kuman pulakk.

Yang penting, jaga kebersihan dengan betul. Bersenam, jaga makan. Kalau vagina rasa sakit & berbau bila terkentut, ambil tindakan. Rasa was-was, seeloknya direct doktor terus.


Sumber : Dr. Erna Nadia
Pegawai Perubatan KKM

Artikel Terkait