Tuesday, May 16

Kad ucapan istimewa, ada nota kecikk di dalam.


Kalau korang nak tau, inilah yang dinamakan Shaker Card sebab kad ni akan digoncang kalau nak tengok apa yang ada kat dalam isi kad tu. Nak buat dia senang je. Korang boleh cuba buat kat rumah.


1. Mula-mula, copkan stamp berbentuk botol kaca di bahagian tengah sekeping kertas tebal (saiz kertas bergantung kepada saiz kad yang korang nak). Oh ye, kalau takde cop berbentuk kaca pon takde masalah, korang boleh je lukis sendiri gambar yang korang suka contohnya macam bentuk hati, rama-rama, bunga dll.


2. Kemudian, stampkan corak yang sama keatas sekeping plastik lutsinar yg keras. Saiz plastik lutsinar tu kena sama dengan saiz kertas keras yang telah dicop tadi. Bagi yang lukis gambar sendiri, pastikan gambar yang korang lukis tu, sama bentuk dan coraknya ya.

3. Potong bahagian dalam jar tersebut dengan pisau. Hati2 semasa menggunakan pisau okayy.


4. Tampalkan kertas yang sudah dilubangkan tadi ke atas plastik lutsinar yang telah dicop corak yang sama. So korang akan nampak macam botol kaca kat situ hikss.


5. Untuk bahagian tutup botol kaca tu tadi, korang boleh pilih sama ada nak buat guna aluminium atau pun taknak. Bukan apa, kalau aluminium kan nampak macam real sikit rupa botol kaca. Kan ? Tapi terpulang, yang penting keselamatan diutamakan. Aluminium ni tajam tauu !


6. Terbalikkan belakang kertas yang telah ditampal tadi. Letakkan double tap di keliling jar (seperti gambar diatas). Sebelum tu korang letak dulu 'Mini Note" atau Nota Chenta yang korang suka. Kalau boleh nota-nota kecik tu buatlah warna-warni so ia akan tampak lebih menarik.


7. Kemudian, lekatkan kertas tebal (bersaiz besar sedikit) di bahagian belakang sekali untuk tutup bekas kaca yang telah diletakkan nota kecil tadi. Akhir sekali, letak lah riben, manik atau keychain kat tutup botol tu. Dah siap Jar Shaker Card untuk diberikan kepada orang yang tersayang.

SELAMAT MENCUBA !!

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon