Monday, May 15

Gelang memukau hati, hanya guna pin baju & manik

Cantik kan gelang ni? Cara buat pun senang tau. Bahan & peralatan yang diguna pun sikit aje dan hanya perlukan kos yang rendah untuk beli manik dan pin. Ohya, kalau uolls jenis kulit allergic, tak perlu pakai lelama. Sebab pin tu kan besi, nanti bila tangan uolls berpeluh, kena gatal gatal pulak. 
Sediakan beberapa paket manik, warna ikut suka nak kalerfull atau pilih satu warna aje. Pastikan lubang manik tu muat nak masuk dalam pin. Perlukan pin anggaran 30-50 pcs (agak-agak ukur lilit tangan uolls), gunting, tali getah

Masukkan manik dalam besi pin, yang tajam tu.

Bila manik dah penuh, tutup pin tu.

Ambil tali getah anggaran 40 cm. Bahagi dua bahagian.

Masukkan pin yang pertama dan pastikan ia berada di kedudukan tengah. Kemudian, tali getah tadi dimasukkan ke hujung setiap pin. Faham ke ni?

Bila dah banyak, rupa dia akan jadi camni.

Lepas tu, satukan hujung ke hujung membentuk bulatan. Ikat rapi dan uji kelantunan tali tadi. Jangan ikat terlalu ketat atau terlalu longgar. Dah siap.





Artikel Terkait


EmoticonEmoticon