Tuesday, April 25

8 Dekorasi hasil daripada kitar semula tin kosong.

Kalau cakap pasal tin, Lisa dulu masa kecik-kecik suka kumpul buat main Baling Selipar dengan kawan-kawan. Asal petang kang mesti main dekat laman rumah sampai maghrib hahahaha. Zaman dulu, tu jelah kegunaan tin yang Lisa nampak tp dunia dah makin maju dan orang dah semakin kretip HAHA !


Okay kalau nak cerita pasal asal-usul tin ni, proses membuat tin didakwa telah dicipta oleh orang Perancis, Philippe de Girard dan kemudiannya idea tersebut telah diserahkan kepada saudagar British, Peter Durand yang digunakan sebagai agent untuk menghasilkan idea Girard pada tahun 1810 walaupun pada tahun sebelumnya, seorang pencipta dari Perancis yang bernama Nicholas Appert telah pun membuat ekperimen menyimpan makanan di dalam bekas kaca.

Berbalik pada cerita idea tin Girard tadi, Durand tidak meneruskan pengetinan makanan, tetapi, pada tahun 1812, idea tin tersebut dijual pula kepada Bryan Donkin dan John Hall. Setelah menghalusi idea Girard melalui beberapa proses, kilang pengetinan komersial yang pertama di dunia telah dibina di Southwark Park Road, London.

Pada tahun 1813 mereka mengeluarkan barangan pertama dalam tin untuk Tentera Laut Diraja tetapi tin tersebut diperbuat daripada aloi timah plumbum dimana boleh membawa kepada keracunan plumbum. Malangnya, semasa expidisi Arctic pada tahun 1845 oleh Sir John Franklin, ramai anak kapal mengalami keracunan plumbum yang teruk yang dipercayai berpunca dari makanan dalam tin. Pada tahun 1901 di Amerika Syarikat, Syarikat Amerika Can ditubuhkan, dan dari situlah proses pembuatan tin telah dibaikpulih dari masa ke semasa sehingga ke hari ini.(Sumber Wikipedia)

Okay entry kali ni Lisa nak tunjuk macam-macam idea untuk recycle tin makanan/minuman yang korang selalu buang atau jual kat besi buruk tu. So ni antara seni DIY yang boleh dibuat dengan hanya menggunakan seketul TIN !!

 1. Bekas Alat Tulis




2. Penyangkut Sikat


3. Towel holder


4. Tanglung / Lampu / Bekas Lilin

 



 

5. Permainan Kanak-Kanak








6. Perhiasan Rumah

 

 




7. Pasu Bunga




  

 



8. Special Gift

 

 


Artikel Terkait


EmoticonEmoticon