Header Ads

Makanan LARANGAN fasa 1 Atkins

Jangan makan lebih 20gram karbohidrat sehari. 

Dengan beralasan "cuma sedikit / sekali ini sahaja" boleh menjadi PUNCA KEGAGALAN anda dalam fasa 1 (induction). Perlu diketahui, walaupun jumlah sedikit ia boleh menghentikan atau melambatkan proses penurunan berat anda. 

JANGAN mengagak jumlah carb, kena baca betul-betul label pada tin, kotak & botol. Berjaga-jaga ketika makan diluar kerana telah dicampur dengan perisa tambahan dan sos. 




Makanan larangan sepanjang tempoh induction (fasa pertama) adalah seperti berikut:
  • Gula - apa saja bentuk 'corn syrup', madu dan maple syrup termasuklah gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  • Minuman bergula seperti milo, barli, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc).
  • Produk TENUSU seperti susu, yogurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  • Buah-buahan @ jus buahan buahan.
  • Makanan berasaskan TEPUNG seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  • Beras/nasi, semua jenis mee + spagetti dan roti tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  • Segala bentuk KACANG dan kekacang, bijian (atau bijirin) tempe & sebagainya. Jangan makan kacang dalam tempoh DUA minggu pertama. Makanan yang menggabungkan protein dan karbohidrat seperti kacang kuda "kidney bean" dan kekacang lain sangat tidak dibenarkan pada tempoh ini.
  • Sayuran BERKANJI atau sayur yang mengandungi kiraan karbohidrat yang tinggi seperti kentang, keladi, jagung, kacang peas, segala jenis ubi, lobak merah dan lain-lain)
  • Sos, kicap dan perasa (sos tomato, sos cili, BBQ, balsamic vinegar) kebanyakkannya tinggi karbohitrat.
  • French dressing dan thousand island dressing (lihat label) 
  • Mayonnaise yang mengandungi gula tambahan
  • MAKANAN PROSES seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam (bertepung).
  • MAKANAN RINGAN potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim, twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  • Sate yang diperap dengan gula @ madu. Keropok lekor, oat, otak-otak, sata.
  • Alkohol dalam apa jua bentuk.
  • Makanan & minuman yang menggunakan ASPARTAME (sejenis gula tiruan). Sebaiknya guna sucralose dan Saccharin. Pastikan kira setiap paket sebagai 1gram carb.
  • Kopi, teh dan minuman KAFEIN. Jika berlebihan kafein dalam badan akan menyebabkan gula darah (blood sugar) rendah, yang boleh membuatkan kita ketagih gula,
  • Apa jua jenis makanan melebihi 20gram karbohidrat.


KESEMUA MAKANAN YANG DISEBUTKAN ADALAH DILARANG. WAJIB PATUH JIKA UOLLS INGIN BERJAYA MENDAPATKAN KESAN TERBAIK DIET ATKINS.

4 comments:

  1. Huwaaa... Cam ner nak diet, tak boleh makan nasi... Mana larat, laparrr...

    ReplyDelete
  2. menarik juga kan makanan atkin ni. cara buat pun takde la susah mana pun, asalkan rajin, semua pasti boleh ke arah kehidupan yang lebih sihat

    ReplyDelete
  3. heheh saya metabolisme tinggi >_<

    ReplyDelete

Powered by Blogger.