Tuesday, April 25

Tayar lama dijadikan bangku, di hias dengan tali guni


Cuba bayangkan kebun belakang rumah uolls ada kerusi comel ni. Duduk-duduk sambil minum petang hirup udara segar. Nampak kemas dan moden kan? Kerusi ni juga sesuai diletakkan di ruang tamu dan kawasan tertentu dalam rumah untuk anak beranak bergosip. Hiks. Cara buat pun sangat mudah tau !


Bahan yang diperlukan:
Tayar kereta kitar semula
Tali guni (kira-kira 150 '3/8 "tali tebal, atau 100' 1" tali tebal)
Tali nilon 50 '3/8 "
Penembak gam panas/ gam kayu
Gunting
Syelek + berus cat (jika perlu)


Cara membuatnya:
  • Balut tayar lama dengan tali nilon. Ikat secara selang seni melalui bahagian terbuka (melalui diameter tayar atas dan bawah). Papehal uolls rujuk gambar diatas. Pastikan tali nilon diikat tegang bagi mengekalkan keselesaan ketika duduk di "kerusi" nanti.

  • Ambil tali guni dan lekatkan hujung tali menggunakan penembak gam panas. Tarik tali sedikit demi sedikit mengeliling tayar. Pastikan letak gam panas setiap kali tali guni itu melekap ke tayar dan tali nilon. Elakkan ada ruang kosong dan pastikan bulatan tali guni memenuhi seluruh permukaan tayar. 
  • Bila dah siap balut tayar, lebihkan sedikit tali paling hujung sebelum memotongnya. Sumbatkan hujung tali tersebut ke bahagian dalam dan lekatkan. Jemurkan di tengah panas supaya gam cepat kering. Elakkan terkena hujan untuk tahan lebih lama. 

Artikel Terkait

2 Luahan Hati

As salam
Beli kat mana tali guni.
Jenuh nk cari..

kat kedai d.i.y banyak jual. pernah jumpa juga kat kedai jual bunga


EmoticonEmoticon