Saturday, April 22

Cootie Catcher, permainan tukang tilik nasib.

Ha siapa tak kenal permainan zaman 90an ni. Mungkin budak² sekarang tak pandang dah benda2 camni tapi zaman kita dulu benda ni lah yang paling menghiburkan.

Chatterbox atau nama sebenarnya Cootie Catcher a.k.a Kertas Tilik Nasib merupakan satu permainan origami kertas yang mempunyai perkataan tersembunyi di sebalik setiap 8 lipatan kertas di sebelah dalamnya. Selalu kalau nak main, 'Si Tukang Tilik' ni akan menyanyikan lagu atau mengira supaya si 'mangsa' boleh pilih nombor mana yang diorang suka untuk mengetahui nasib yang bakal diorang terima hehehe (p/s : semua ramalan hanyalah mitos belaka hahaha)


Kalau ikut sejarahnya, Cootie Catcher ni telah dikenalkan di dalam buku origami pada tahun 1928 yang bertajuk Fun With Paper Holding by  Murray and Rigney.

Tapi zaman Lisa dulu takdelah nak buat secantik ni, bodoh² je setakat koyak kertas dari buku latihan sekolah, lepas tu main dalam kelas masa cikgu tengah mengajar hahahahahahahah... Cuba tengok ada macam² lagi design menarik kalau nak cuba bermain bersama anak-anak jiran tetangga :*

 

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon