Monday, April 24

Cara buat sabun kek lapis sarawak

Kali ni nak share projek Melt n Pour Soap (MPS). 
Kebanyakkan post sabun dalam lubukseni datang dari blog oversea. Idea diorang ni dialih bahasa supaya senang paham. 


Perlu diingatkan MPS hanya sesuai untuk kulit normal selain muka. Elakkan cuci muka guna sabun MPS sebab kulit muka agak sensitif. 

Cara ni sesuai untuk buat doorgift dan sabun hiasan. Jadi hari ni kita buat sabun berinspirasikan kek lapis sarawak. Lapisan warna guna kaler biru dan hijau aje.


Alatan & bahan yang diperlukan:


32 oz. MPS (jernih)
16 oz. MPS (putih)
1/2 sudu teh- pewarna mica hijau kermit (ikut suka)
1/2 susu teh- pewarna mica biru aqua pearl (ikut suka)
0.6 oz. pewangi amazon lily & rain (ikut suka)
99% alkohol isopropyl



Cara buat :


1) Campur pewarna hijau + biru dalam bekas berasingan. Pastu campur dengan alkohol (lebih kurang 1/2 susu makan) kat tiap bekas pewarna tadi. Campurkan pewarna dengan 99% alkohol (isopropyl) untuk memudahkan pewarna bercampur sabun dengan mudah.


2) Cairkan 16 oz MPS (jernih). Bila dah cair, masukkan sabun yang telah cair itu kedalam bekas pewarna BIRU tadi.  Letak 0.2 oz pewangi dan kacau hingga sebati. Kemudia tuang kedalam bekas acuan sabun.


3) Selepas 5-10 minit, pastikan lapisan biru tadi separuh beku supaya dapat tampung lapisan seterusnya. *Kalau terlalu panas, lapisan tadi akan bercampur dgn lapisan baru. Seterusnya, cairkan 16 oz MPS (putih). Bila dah cair, letak 0.2 oz pewangi dan kacau hingga sebati. Kemudian tuang kedalam bekas acuan sabun. Ulang langkah (2) untuk pewarna hijau pula.



4) Jika sabun mengeras, panaskan semula supaya sabun tadi mencair. Pastikan spray alkohol ke atas permukaan lapisan untuk melekatkan lapisan lama dengan baru. Alkohol juga digunakan untuk buang buih atas permukaan sabun. Jika perlu, guna termometer untuk tengok suhu. Lapisan sabun baru yang terlalu panas akan bercampur dengan lapisan lama.


5) Biarkan sabun membeku sekurang-kurangnya 4 ke 5 jam atau biarkan satu malam. Bila dan confirm beku, keluarkan dari bekas acuan. Potong sabun menjadi beberapa ketul/bahagian. Balut dengan plastik untuk elakkan sabun keluarkan wap air. Okke dah siap !!!! Enjoy the soap !!!

Artikel Terkait