Tuesday, April 25

Buat sendiri hantaran sireh junjung, comel kan?

Lama dah rasanya tak "hapdett" hasil kreativiti sendiri. Selalunya Ema dok share aje kerja seni orang lain kan. Tu dia sireh junjung yang dihias sendiri dari A to Z. Sangat jimat & puas hati. Kat bawah ni nak share step-by-step cara buat hantaran sireh junjung versi lubukseni. Hehehee..

.
Bahan yang diperlukan :
span polisterin bulat (saiz tapak tangan)
pemotong kertas/gunting/pisau
kertas kadboard hitam
riben (warna ikut suka)
dawai tebal
gam penembak
bunga hiasan (ikut suka)
.
Mula-mula potong kertas ikut diameter span bulat tadi. Biar potong berlebih, jangan kurang. Ketinggian ikut suka je tau.
.
Tapi kalau nak tiruvasi sebiji macam atas ni, tinggi kertas lebih kurang setinggi cawan mug.
.
Cucuk dawai kat hujung sebelah dalam (kiri kanan) ala-ala pemegang bakul. Gam pada kertas board dan dawai tadi. Biarkan dua tiga minit hingga gam betul-betul kering. Elakkan gam atas span sebab span akan berlubang dekk kerana kepanasan melampau gam tembak itu. Ohya hati-hati tau! Berapa kali dah jari mulus iolls jadi mangsa keadaan. Hiks
.
Lilitkan reben hijau pada pemegang dawai tadi. Tembak gam melingkari sebelah dalam bakul. Untuk span putih dalam tu cover dengan daun sireh tiruan.

Lekat daun sireh tiruan satu persatu di bahagian tepi sebelah luar.

Lipat daun ikut kreativiti. Nak bentuk love ke, tiga segi, bentuk lompat bintang ke.. ikut suka la.

Untuk tangkai dawai tadi, penuhkan dengan bunga atau daun ikut pilihan ya.

Untuk kelengkapan makan sireh, Ema gunakan bahan yang sebenar. Bekas putih tu dililit manik supaya nampak lebih menarik. Daun sireh yang betul hanya dilipat dua dan ditindihkan bawah bekas manik tadi. Dah siap deco, letaklah atas dulang yang telah dilapik dengan kain. 














Harap dapat membantu pasangan yang sedang mencari idea gubah sireh junjung.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon