Sunday, March 26

Shopping sakan di Kota Bandung, murah & lawa!


Assalamualaikum wbt.

 Alhamdulillah pada 21 Jan 2017 (sabtu) merasa jugak pergi bandung tapi ntah pape kan setahun kemudian baru dapat hupdate travelog kahkahkah

Btw apa yang korang tahu pasal Bandung ? Kalau nak tahu, kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Parijs van Java, iaitu "Paris di Jawa" dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu, telah menjadi salah satu destinasi pelancongan yang popular. Bandung juga mempunyai banyak institusi pendidikan tinggi swasta dan awam so thts why bandung termasyhur sebagai salah satu kota pelajar di Indonesia. 

Selain terdapatnya pelbagai tempat menarik serta juadah makanan yang enak, Bandung juga sering menjadi pilihan para pengunjung sebagai tempat untuk shopping barangan kulit dan barangan branded (gred AA) dengan harga yang lebih murah. Tapi untuk trip kali ni, Lisa lebih banyak melawat tempat untuk shopping je. Lisa tak sempat nak pergi tempat2 menarik yang lain seperti Trans Studio, Floating Market, Muzium Geologi Bandung, Muzium Wangsit Mandala Siliwangi, Vila Isola, UPI Stesen Hall, Balai Cerap Bosscha, Lembang, Pusat membeli-belah Dago dll.

As usual kitorang akan tunggu depan ofis dan bas pelancong start bertolak dari Bahau jam 12:30 pagi sbb nak kena sampai klia sebelum 5:30 pagi pasai flight kitorang pukul 6:30 pagi.


Macam biasalah kalau setiap kali nak fly, sky view memang wajib ambik.
shannantekk kannn wink wink *o*


Tahukah anda, penduduk di Bandung ada lebih kurang 2.395 million orang penduduk (tahun 2010). Agak2 tahun 2017 sekarang dah berapa orang penduduk ye ? hmm

Tengok gambar tu pun dah tahu yang population kat bandung ni memang tersangat lah padat. Macam semut! Seriau jugak masa nak mendarat sbb betul2 terbang atas rumah diorang yang ramai2 ni. Yang dalam flight pon seram, apatah lagi yang kat dalam rumah tu.

Ke diorang dah biasa ? Ntah lah ye kott...  


2 jam setengah perjalanan dari klia dan Alhamdulillah sampai jam 9:30 am di Husein Sastranegara International Airport. Ambik masa jugak lah nak tunggu tour guide jemput kitorang sbb bas tak boleh masuk kawasan airport so kitorang dijemput sikit-sikit naik teksi/van/kereta ke tempat bas sebelum pergi tempat yang nak dikunjungi.


So for 3 hari 2 malam kat sini, kitorang stay dekat Idea's Hotel yang terletak di daerah Binong, Kota Bandung. Range hotel 4 bintang ni kira okay lah untuk hotel2 bajet for traveler ye dok.


Okayy so nak tahu tak tempat shopping yang Lisa pergi sepanjang 3 hari kat sana ?

1. Sulam Pesona
Kebanyakan kain kat sini semuanya jenis bersulam . Kat sini memang banyak kain pasang bersulam yang cantik2 dengan harga yang berpatutan. Selain dari mengambil tempahan baju, telekung Siti Khadijah pon ada okengg cuma telekung beli kat sini lagi murah tauu (RM40-RM60++ sahaja). Lisa ada jugak beli telekung kat sini untuk buat hantaran kawen.

 2. D'Fashion Textile & Tailor
Sesuai nak cari kain lace yang shantek2 sampai rambang mata nak pilih. Lisa beli kain lace bukan main banyak lagi (untuk raya dan kain hantaran). Harga pon boleh tahan. Macam2 jenis kain ada kat sini. Kalau kat Malaysia lebih kurang macam standard Jakel lah cuma murah sikit (pada pandangan Lisa ye). Dan apa yang menariknya, kat sini kalau nak tempah baju, boleh siap dalam masa satu hari lepas tu siap hantar ke hotel. haaaaaa best kan. harga tempah berapa ??? hmm dalam hundred plus plus rasanya hehehehe.

3. Rumah Tas
Rumah Tas yang terletak di Braga, Sumur Bandung ni pulak ada menjual bermacam jenis beg tangan berjenama (gred A). Nama pun rumah Tas, so mesti lah banyak handbag dalam ni. Macam-macam beg yang comel2 tauuu. Actually handbag ada dalam Vv punya 'Buying List' tapi apakan daya kaler bag yg Vv nak takde pulak. Sob sob sob (T_T)

4. Toko Tiga
Haaa Toko Tiga pon tak kurang menariknya. Kat sini banyak jual pelbagai jenis branded jeans dengan harga yang lebih murah. Kat sini lelaki suka lah. Banyak barang kulit, jeans, jaket, kemeja, seluar, kasut semua ada. Kalau tempat macam Rumah Tas, D'fashion dengan Sulam Pesona tu, kaum lelaki agak kebosanan bagai melukut di tepi gantang sebab biasalah chuoollss kedai kain kan heaven bagi pompuan ibaratnya kalau masuk kedai kain tu sampai bercahaya mata macam ni (*_*) hahahaha. Tapi iolss pon suka kat sini pasal abang sayang lanjeww baju hewhewhew...

5. Pasar Baru Trade Center
Apa yang menariknya kat sini ? hmm hmmm hmmm pasar baru ni lebih kurang macam Shopping Mall je. Macam2 ada jual kat sini. Kat sini Lisa ada borong tudung bawal dalam 12pcs (satu RM15 tapi kalau kat Malaysia tudung tu ada lah dalam RM30). Actually kena pandai tawar menawar dengan diorang ni. Orang endon ni dia tau je orang Malaysia, lagi dia nak letak harga tinggi grrrr. 
Kalau style Lisa memang ugut je: "Kau nak jual murah ke taknak?" *sambil acu pisau*

6. Passion Factory Outlet
Kat sini banyak jugak choice baju cantik2. Elehh lebih kurang macam Padini je. Harga lebih kurang je. Serius !
Kitorg beli baju merah ni kat sini lah. Nak acah2 sweet pakai baju couple gitteww haha *sila muntah*

7. Industri Sepatu Cibaduyut

Haa kalau kat Cibaduyut ni memang banyak gilosss kasut. Macam2 jenis. Bukan yang branded tapi banyak kasut yang berkualiti (kena pandai cari tau). Kedai dia kedai biasa je tapi memang berderet tepi jalan tu semua kedai kasut. Lisa angkut satu kasut kat sini hahaha.
Kasut ni Vv beli dengan harga lebih kurang RM70. Kasut baldu dan sangat selesa dipakai. Tu yang pakat beli ramai2 tu hahahaaha.

8. Rumah  Mode Factory Outlet
Dah nama pun Factory Outlet kan, so lebih kurang je macam kat Malaysia. Nak cakap lagi murah pon tak jugak, harga memang sama. Korang kalau berjalan kat endon kena alert juga dengan harga. Kena pandai kira. Jangan ingat bila tukar duit boleh dapat berjuta rupiah so korang pikir ada banyak duit tapi kalau main beli je tak buat kira2, membazir lah jawabnya. Ada barang yang sama je nilai dia sebenarnya. Lebih balik beli kat Malaysia je. So Lisa mai sini just cuci mata dan jalan2 santai je tengok apa yang ada lalalalaaa....

Okayy habis cerita shopping. Siapa cakap shopping tak penat. Fuuhhhh
Makanan Indonesian tak lari dengan masakan padang dia. Lauk semua cenggitu je.


Dah bosan makan lauk padang, pegi makan KFC pulak hahahaha


Okay kalau nak cari kek-kek , kuih muih atau manisan yang sedap, boleh singgah Kartika Sari.


(24 Januari 2017) Sedar tak sedar dah hari ke-3 kat sini. Ayuh lah kita pulang ye kawan-kawan..


Nak jugak bergambar. Okay kitorang nak balik dah. Flight pukul 5:30 tapi delay sampai 6:30 hahaha. Apa lagi ngeteh lah dulu. Alhamdulillah sampai klia jam 9;30 malam.
Till we meet again Bandung... Bubyeeeeee ....

Artikel Terkait

4 Luahan Hati

bestnya !!! one day, will go too

hahahahaha InsyaAllah. ada rezeki dapat pergi tempat lain pulak hewhewhew

Dulu ada pasar malam di jalan Braga, memang meriah situ.. makanan mcm2 ada.. tak pasti masih ada lg ke tidak pasar malam tu, bandung bukan tempat shopping semata-mata, byk juga wisata alam, pemandangan untuk dilawati :)

wahhh macam menarik je. Ema tak pernah pegi lagi, teringin nk pergi, adik Lisa je pernah ke sana


EmoticonEmoticon