Monday, March 27

Iefa kongsikan tips jimat buat sendiri pakej umrah.

Maklumat hampir lengkap tentang cara-cara umrah DIY ini dikongsikan hampir 10 RIBU share oleh pembaca FB. Tujuan Ema post entry ni untuk rujukan kami di masa akan datang & memudahkan pencarian semula. Ramai yang request Iefa untuk cerita kisah Umrah DIY (18.01.2017 - 26.01.2017) tempoh hari. Iefa cuba cerita sesimple yang mungkin untuk fahaman semua.. 😬



✅Ticket Flight - MAS Airlines
Kisah ticket flights ni yang ramai tertanya-tanya. Ceritanya En Suami baca paper ada MAS Offer ke London. Then dia whatsapp iefa tanya nak pergi London tak? Of course la kan nak pergi. Then dia cek tickets. Sat g dia whatsapp iefa lagi bagitahu dah berjaya beli ticket flights return ke Jeddah untuk 4 orang dengan harga promosi RM1600! (RM400 sorang). Macam tak percaya sampai sekarang. Rezeki yang tidak diduga! Alhamdulillah. Terus dia inform family sambil rasa syukur sangat sebab Allah dah makbulkan doa En Suami nak bawa parents dia pergi Umrah dalam masa terdekat. Alhamdulillah. TQ Allah. So kalau dah ada plan nak buat Umrah secara DIY ni boleh la start memburu tiket flight. Kebiasaannnya harga dalam lingkungan RM2000-RM3000 seorang. Banyak syarikat yang menawarkan penerbangan ke Mekah & Madinah seperti Saudi Airlines, AirAsia, Flynas, Qatar Airways, Emirates Airlines & lain-lain.

✅Travel Insurance - AXA Insurance
Pentingnya Travel Insurance ni if anything happen kat sana macam accident ke, sakit yang perlu ke hospital & so on, kita boleh pakai Insurance ni untuk masuk hospital di sana. Kami ambil AXA Insurance ni sebab ramai traveller & backpackers yang recommend. Kami ambil VIP Package covered sepanjang kami berada di sana dengan harga RM55.50 seorang.

✅Sijil Nikah untuk CTC di Pejabat Agama & Wisma Putra
Untuk makluman, bermula tahun 2013, kerajaan Arab Saudi dah tetapkan wanita berusia 18-45 tahun yang ingin menunaikan umrah perlu ditemani mahramnya. Bagi wanita yang berusia 45 tahun ke bawah & berkahwin, diwajibkan CTC (Certified True Copy) sijil nikah kalian di pejabat agama yang kalian daftar masa nikah yea. Wanita yang berusia 45 tahun ke atas tak perlu dah nak CTC bagai. Lepas dah dapat CTC di pejabat agama, boleh la menyusul pula bawa sijil nikah yang copy tu untuk di CTC lagi di Wisma Putra yang berhampiran.

✅Suntikan Vaksin
Vaksin ni sangat perlu di ambil sebulan sebelum buat visa. Memandangkan vaksin ni valid 5 tahun, Iefa & suami tak perlu suntikan vaksin ni lagi sebab kami baru je ambil vaksin ni pergi umrah tahun lepas, 2016. Jadi suntikan vaksin ni diberi kepada parents in law. Iefa minta kenalan doktor untuk datang inject vaksin ni di rumah Melaka. Doktor tu caj hanya RM120/sorang sahaja. Murah kan? Alhamdulillah. Rezeki dapat murah. Kalau kat Tabung Haji RM140/sorang. If kat klinik atau hospital RM150 ke atas.

✅Hotel
Banyak applications hotel yang boleh di booking. Antaranya Hotelscombined yang boleh bezakan harga hotel-hotel di sana sama seperti application Trivago. So pilihan di tangan kita & biar kita bijak memilih. Cari hotel yang ada mentioned "Refundable" supaya senang nanti. Andai kata dah booking hotel A, tapi tak jadi nak stay sebab hotel A ni tak ada breakfast. Tapi nak duduk hotel B sebab ada breakfast. So kita boleh cancel balik booking hotel A & akan dapat refund duit kita.
☑Mekah - Elaf Kinda (50 Meter dari Masjidil Haram) [5 Star Hotel]
Kisah booking hotel di Mekah ni paling la unik. Hari yang kami nak fly tu la baru kami booking. Pada mulanya kami booking hotel lain (Hotel Wahet Al Deafah) yang 15 minit jalan untuk ke Masjidil Haram. Antara sebab kami pilih Hotel Wahet yang jauh ni sebab dia murah. Tapi bila difikirkan balik kesihatan mama & papa, tu yang kami decided ambil Elaf Kinda ni walaupun agak mahal. Kami booking Elaf Kinda Hotel thru Booking.Com dengan harga RM2953 untuk 4 malam.
☑Madinah - Al Mukhtara International Hotel (150 Meter dari Masjid Nabawi) [3 Star Hotel]
Hotel di Madinah ni kami ambil berhampiran dengan pintu gate 25. Tujuannya sebab dekat untuk iefa & mama pergi Raudhah. Kami booking hotel ni melalui Agoda.Com dengan harga RM900 untuk 3 malam.

✅Kursus Umrah
Kursus umrah ni kami pergi Tabung Haji (TH) kat Jalan Tun Razak, KL tu je. FREE. Selalu kursus Umrah kat sana hari Sabtu start pukul 9am. Terus je datang sana tak perlu register apa-apa. Parking kat dalam bangunan TH & bagitahu pak guard nak pergi kursus umrah.

✅Gambar Passport
Gambar berukuran passport ni boleh je ambil di mana-mana kedai gambar. Bagitahu je hakak kedai tu kata nak ambil gambar umrah. So tahu la dia nak petik gambar macam mana nanti.. 😬

✅Visa
Kisah visa ni sangat mencabar buat kami. Bila berita Kerajaan Arab Saudi tetapkan sesiapa yang ingin mengerjakan umrah lebih dari sekali dalam tempoh masa 3 tahun Hijrah dikenakan bayaran visa 2000SAR untuk lawatan kedua & seterusnya. Masa tu kami redha dah. Tapi macam pening juga la kejap kami kena bayar 2000SAR. Then keluar berita kejap tak perlu bayar. End up tak perlu bayar untuk visa 2000SAR tu. Alhamdulillah, rezeki! Yang perlu bayar 2000SAR tu adalah tahun hijrah yang sama. Means, dalam calendar Islam, tahun yang sama la. Nasib kami pergi Umrah tahun lepas (2016) tak kena pada tahun yang sama. Alhamdulillah. Selamat tak kena bayar caj tambahan tu. Jadi kami minta salah seorang dari hamba Allah ni yang uruskan visa kami 4 orang. Kami bayar RM350/sorang kat dia. Urusan Visa ambil masa 2-3 minggu. Dokumen untuk visa adalah :
☑Itinerary ticket flights
☑Passport
☑Gambar 4 keping berukuran passport
☑Sijil nikah yang dah siap CTC dari Pejabat Agama & Embassy
☑Itinerary Hotel yang dah di booking di Mekah & Madinah

✅King Abdulaziz International Airport (Jeddah Airport - Terminal Haji)
☑Kami tiba di airport pukul 7.32pm waktu Jeddah. Masa ni kami bertembung dengan flights lain (Turkey Airlines & Pakistan Airlines). So agak lama juga kami stay di airport sebelum kami di cek di kastam. Part beratur di Kastam ni macam biasa la, kena sabar menanti sebab bangsa Turkey ni tak reti nak line up sampai la kena marah ngan Pak Arab. So bila tiba je turn kami, dan-dan tu la Pak Arab Kastam tu boleh pula nak g toilet. Then kami tunggu kenapa lama nau pergi toilet, rupanya dia solat. Ok la, kami redha menunggu turn untuk di cek. Alhamdulillah, kami 1 family lepas tanpa ada masalah. Ramai yang cakap kalau di airport Madinah lebih mudah urusannya. Tapi kali ni kami dah decided nak ke Mekah dahulu so kena la hadap gak.. 😬

✏Pesanan untuk semua. Sampai je di airport sana tak payah la rasa malas sangat nak suruh orang troli baju hijau tu angkut beg korang. Ada yang tak pasal kena caj 50SAR 1 troli kang sebab kawan kami dah kena. So selagi ada kudrat angkat beg sendiri, angkat je la yea.

✅Transportation
☑King Abdulaziz International Airport (Jeddah Airport - Terminal Haji) ke Mekah (Starex)
Transportation kat sana kami redah je sebenarnya. Hehe. Tapi Allah temukan kami berjumpa dengan Kak Dura & Suami (Couple Umrah DIY juga) di airport Malaysia. Suami Kak Dura kata naik taxi dengan dia tapi sama-sama tong-tong la. Then the moment sampai Jeddah Airport, taxi yang patut tunggu kami tak sampai-sampai. Suami Kak Dura dengan selamba je tanya kat mamat yang tolak troli kat area Jeddah Airport (Terminal Haji) tu ada tak taxi sebab hanya bus & coaster sahaja yang dibenarkan masuk di Terminal Haji. Suami Kak Dura & En. Suami saya pergi la check betul ke ada yang boleh hantar kami ke Mekah. Alhamdulillah, mereka berjaya dapatkan Hyundai Starex untuk kami ke Mekah. Total 300SAR. Kami 1 family (4 Orang) bayar 200SAR while that couple 100SAR. Driver Taxi hantar direct ke hotel kami. Kami tiba di Mekah pukul 12.35am, 19.01.2017.
☑Bus ke Tanaim (Niat Ihram)
Kami prefer naik bus dari taxi sebab bus murah. 4SAR return je. So 4 orang hanya 16SAR.. 😊
☑Mekah ke Madinah (Sonata)
En. Suami dapat contact mamat ni dari salah seorang akak yang Umrah DIY 1 bulan sebelum kami berangkat. Dia suggest ambil mamat Pakistan yang namanya Mustafa. Laju bak hang dia bawa. Patutnya Mekah ke Madinah 6 jam, tapi dia bawa 4 jam je. Tekan minyak 150km/hour. So mamat ni caj 300SAR dari Mekah ke Hotel kami di Madinah.
☑Ziarah Madinah (GMC & Camry)
Iefa booked thru Umrah Taxi di FB. Deal dengan depa dari Mekah lagi. So hari yang kami patut Ziarah memang kami naik GMC. Sampailah kami di Bukit Uhud, driver GMC ni kata dia kena pergi ke Airport Jeddah ambil orang & transfer kan kami ke kawan dia, naik Camry. Agak bengang juga la sebab iefa booked untuk ziarah 3 jam tu bayar pakai GMC 300SAR bukan Sedan. Tapi nak buat macam mana, maybe bukan rezeki kami. FYI, attitude orang Arab memang macam tu yea. Sesuka hati dia je nak tukar bila-bila masa tu yang tak systematic kat sana.
☑Madinah ke Airport Jeddah (Sonata)
Yang ni kami memang dah deal awal-awal dengan Mustafa suruh hantar ke Airport. So bayar dalam 400SAR sahaja.

✅Budget Makan untuk 7 Hari
☑Mekah
Kami bawa bekal sikit dari Malaysia. Sambal ikan bilis MIL (Mom in law) yang masak. Mula tu budget makan kami di sana 200SAR/hari untuk 4 orang. Tapi kami banyak sangat jimat di Mekah sebab Elaf Kinda Hotel tu provided breakfast. So tinggal makan untuk lunch & dinner je la. FYI, makanan di Mekah lagi murah jika dibandingkan dengan Madinah.
☑Madinah
Sampai je di Madinah, perut berkeroncong. So kami cari tempat makan. Harga 2x ganda dari Mekah. So nak tak nak kena la beli. Nasib budget lebih hari tu untuk makan. So total kami makan di Mekah & Madinah untuk 4 orang dalam 534SAR.

✅Sim Card
Kami beli Sim Card Mobily 80SAR di Madinah. 2GB untuk Browser, 5GB untuk Media Social (FB, IG, Twitter, Whatsapp, Wechat & so on). Sebab tak beli di Mekah? Hotel di sana dah provided WIFI kat bilik. Kat Madinah nak mengWIFI di lobby sahaja. Tu yang kami beli sim card sebab malas nak turun naik bilik.. 😁

✅Shopping
Antara tempat yang kami suggest untuk shopping of course la Madinah sebab lagi murah nak compared dengan Mekah. Jubah di Madinah boleh bargain dari 120SAR ke 80SAR. Kat Mekah dapat 100SAR je paling murah. Then Kurma Ajwa No. 1 (Kurma Nabi) kami beli di Pasar Madinah kedai nombor 95. 1 kg dapat 50SAR. Kat Mekah 1kg 80SAR. Banyak beza tu. Pilihan di tangan kita.. πŸ˜‰

✅Itinerary
Iefa & suami plan & susun sendiri itinerary ke sana. Kami plan turun ke Mekah dulu sebabnya beri peluang untuk parents in law selesaikan umrah yang wajib. 4 hari di Mekah, 3 hari di Madinah.

☑Day 1 (Rabu)
Selesaikan Umrah Pertama sebab miqat atas flight. So, kena la siap-siap pakai pakaian ihram sebelum Pilot umumkan tempat miqat. Untuk lelaki, iefa suggest pakai kain ihram & t-shirt je dulu dari airport untuk elak keadaan kelam kabut nanti atas flight bila pilot umumkan tempat miqat. Kami sampai ke hotel malam tu pada pukul 12.35am. Selesai check in, kami terus mengerjakan umrah kami yg pertama. Alhamdulillah kami berjaya sempurnakan umrah kami pada pukul 3am. Otw balik hotel kami singgah beli makanan. Pastu mandi & bersiap untuk pergi menunaikan solat Subuh.

☑Day 2 (Khamis)
Disebabkan kaki father in law luka, umrah ke 2 yg kami dah plan terpaksa ditunda. Kami suami isteri je yang solat di Masjidil Haram untuk hari tu. Parents in law rehat di hotel sementara tunggu kaki papa sembuh.

Iefa & suami selalu memasuki Pintu 91 (K. Fahd Escalator) & solat di bawah. Di bawah tak terlalu padat berbanding solat di atas. Tapi ada juga kami solat berhampiran dengan Kaabah. Cuma kena masuk masjid awal & duduk di saf tu tak gerak ke mana.

☑Day 3 (Jumaat)
Alhamdulillah luka kaki papa nampak dah elok sikit. So kami pun pergi ke Tanaim dengan menaiki bas & selesaikan Umrah ke 2 kami. Hari Jumaat sebenarnya kami tak suggest buat Umrah sebab orang terlalu padat + nak solat Jumaat. Kami hanya sempat 3 kali tawaf di bawah dekat Kaabah, kemudian naik ke tingkat 2 untuk proceed tawaf seterusnya. Agak jauh tawaf di tingkat 2 tapi kami gagahkan & doa sepanjang umrah kami dipermudahkan. Alhamdulillah. Kami sempat solat Jumaat di tempat saie.

☑Day 4 (Sabtu)
Usai solat Subuh, kami siap-siap memakai ihram dari hotel then terus pergi ke Tanaim dengan menaiki bas & dapat selesaikan Umrah ke 3 kami dengan cepat sebab dapat Tawaf di bawah, berhampiran dengan Kaabah. Alhamdulillah.

☑Day 5 (Ahad)
Bagi sesiapa yang ingin memegang, mencium kelambu Kaabah & mencium Hajar Aswad, kami suggest datang ke Masjidil Haram pukul 8.30am sebab masa ni orang tak terlalu ramai. Disebabkan hari ini, hari last kami di Mekah, jadi kami terus buat Tawaf Widak. Tapi sebelum Tawaf Widak, kami sekeluarga sempat pegang & cium kelambu Kaabah. Allahhu. Tak tergambar perasaan kami masa tu. Hanya Allah je yang tahu. Tapi kami tak dapat cium Hajar Aswad sebab orang terlalu ramai di kawasan tu. Even En. Suami nak cuba pun, tak dapat. Tak mengapa, Insyaallah ada rezeki kami juga nanti untuk cium Hajar Aswad. Kemudian kami terus melakukan Tawaf Widak. Air sembahyang wajib ada yea setiap kali tawaf. Tak kira Tawaf semasa Umrah, Tawaf Sunat or Widak.

Usai Tawaf Widak, kami pulang ke hotel & bersiap-siap untuk berangkat ke Madinah pula. Dari Mekah ke Madinah, hanya 4 jam sahaja. Laju driver ni bawa. 150km/jam.

Kami tiba di Madinah dalam pukul 5pm. Memandangkan kami dah solat jamak masa otw ke Madinah, jadi kami stay je di hotel dulu. Siap kemas barang, kami terus melawat ke makam Nabi S.A.W (Duduk di luar je depan Kubah Nabi) untuk mengucapkan salam kepada Nabi Muhammad S.A.W & sahabat-sahabat baginda juga menyampaikan salam dari saudara & sahabat kami di Malaysia.

☑Day 6 (Isnin)
Hari ni kami berpeluang ziarah Madinah dengan menaiki GMC yang iefa booking di Mekah melalui FB Umrah Taxi. Pakej ziarah yang diberi adalah Masjid Quba, 7 Masjid, Masjid Qiblatain (2 Kiblat), Bukit Uhud & Wadi Al Jinn. Ziarah 5 tempat ni mengambil masa 3 jam sahaja.

☑Day 7 (Selasa)
Pagi ni kami ke Raudhah. Actually En. Suami dah 2x masuk Raudhah since semalam sebab jemaah lelaki boleh memasuki Raudhah all the time. So, pukul 8.30am, kami sekeluarga gerak ke Masjid Nabawi dari hotel melalui Gate 25. Pintu masuk jemaah wanita ke Raudhah adalah pintu 25 & waktu ke sana agak terhad. Jemaah wanita hanya dibenarkan 3x memasuki Raudhah iaitu pada pukul 9am, selepas Zohor & selepas Isyak. Waktu paling padat memasuki Raudhah adalah pukul 9am & selepas Isyak. Selepas Zohor tak terlalu padat jika dibandingkan 2 waktu tadi.

FYI, jemaah wanita yang nak masuk ke Raudhah akan dibahagikan mengikut Negara. Selalunya keutamaan memasuki Raudhah diberikan kepada negara Arab. Kemudian disusuli negara Turki, Pakistan/India & yang paling akhir negara Indonesia/Malaysia/Brunei/Singapore.

Usai ke Raudhah, kami menuju ke Pasar Kurma. Di Pasar Kurma ni agak kelam kabut sikit sebab Pak Arab ni akan panggil & tarik jemaah lelaki memasuki kedai mereka. Nak elak En. Suami & Papa kena tarik, iefa & Mama pegang mereka all the time jalan di situ. So, tak ada la depa nak tarik suami kita paksa masuk kedai depa.. 😬

Jika nak membeli buah-buahan seperti kurma, tin, zaitun, pistachio, coklat & sebagainya dengan harga mampu milik, boleh singgah ke kedai nombor 95. Owner kedai ni warga Indonesia & ramah orangnya. Boleh cuba setiap makanan di dalam kedai ni. "Makan Halal" kata mereka. Kurma Ajwa ada 2 versi. Iefa memilih Kurma Ajwa No. 1 kerana rasa yang sedap & lembut berbanding Ajwa No. 2 yang agak keras buahnya.

✏Tips Memasuki Raudhah
πŸ“ŒWaktu : Dari apa yang iefa baca tentang tips ke Raudhah sebelum ni, waktu yang paling tenang & sesuai masuk adalah selepas Isyak pada pukul 11pm - 2am. Sebabnya waktu ni, orang dah ramai keluar dari Raudhah.

πŸ“ŒPakaian : Memakai serba hitam seperti Jubah, Telekong/Tudung & Niqab/Purdah. Tujuannya supaya kita dapat masuk ke Raudhah bersama orang Arab & tak perlu menunggu lama/diasingkan duduk sebaris di negara masing-masing.

☑Day 8 (Rabu)
Bersiap sedia untuk berangkat ke Airport Jeddah dari Madinah. Hanya mengambil masa 4 jam juga dengan menaiki kereta (Sonata) & driver (Mustafa) yang sama.

Sampai di Airport Jeddah, kami terus cari kaunter Air Zam Zam. Setiap jemaah akan dapat 1 botol (5 Liter) Air Zam Zam dengan harga 9SAR/botol.

✅Tukaran Duit
1 SAR = RM1.19

✅Details Umrah 2017 :

18.01.2017, MH150 Wed (Depart KUL-JED : 3pm) -
25.01.2017, MH151 Wed (Depart MED : 20.55pm) - 26.01.2017, Thu (Arrival KUL : 10.55am)

1. Flight Details :
i) Flight Tix : RM1600 (Return Flight 4 Persons. RM400/Person)
ii) Insurance : RM222 (RM55.50/Person)
Total for Flight + Insurance : RM1822

2. Hotel Mekah :
Elaf Kinda Hotel - Breakfast included (4N) (Booking.Com) : RM2953 [RM738.25/Person]

3. Hotel Madinah :
Al Mukhtara International Hotel (3N) : RM900 [RM225/Person]

4. Transportation :
Airport - Mekah : 200SAR (Starex)
Mekah - Madinah : 300SAR (Sonata)
Madinah - Airport : 400SAR (Sonata)
Ziarah Madinah : 300SAR (GMC & Camry)
Miqat Tanaim :
20.01.2017 : 16SAR (4x4 return) (Bus)
21.01.2017 : 16SAR (4x4 return) (Bus)

Total Transportation : 1232SAR (RM1467) [RM366.75/Person]

5. Visa : RM1400 (RM350/Person)

6. Vaksin Injection : RM240 for 2 Persons (RM120/Person)

7. Makan & Minum :
Total Makan 7 Hari : 534SAR (RM635.71)

8. Shopping : 467.85SAR (RM556.96)
[Ikut budget masing-masing untuk shopping asalkan tak membazir.. πŸ˜‰]

Total Overall : RM9,543.85

Total/Person : RM2,385.96

Ok, iefa akan cerita serba sedikit melalui gambar-gambar di bawah. Biar terang, nyata & jelas.. 😊


Flight Ticket Returned RM400/Person. Macamana boleh dapat tiket murah mcm tu ye? Beli online apps MAS. If MAS or AA ada promo, depa akan bgth thru paper, email or FB ke, sis boleh start survey.

Elaf Kinda Hotel yang hanya 50 Meter dari Masjidil Haram & berhampiran Hilton Hotel. Hotel ni mmg sgt sesuai kalau kita bawa orang tua. This is our room. Besar, cantik & selesa.  RM2953 tuk 4 mlm (refer budget). Saya booked hotel thru Booking.Com. Then transportation boleh refer FB : Umrah Taxi

Masjid Tanaim - masjid saidatina aisyah.

Pintu 91 adalah my favourite pintu untuk solat fardhu untuk elak berasak dengan orang ramai. Masuk pintu ni then ambil escalator turun ke bawah.


Sekitar Masjid Nabawi. Agak kecewa & sedih masa kami berada di sini sebab Payung yang cantik ni under maintenance & tak boleh buka sementara waktu — at Masjidil Nabawi - Madinah, Arab Saudi. Salah seorang pembaca beritahu, "Katanya musim sejuk mmg xbukak... waktu saya datang pun tak bukak..baru balik 9 feb haritu". Kalau payung ni buka, rupa macam di bawah:

Cantik sangat.... Maha suci Allah. Rezeki dapat tengok payung ni kembang. Time ni pembaca lain berada di madinah 13-17 feb lepas.

Wadi Al Jinn adalah Bukit Magnet di mana kereta semua bergerak sendiri tanpa perlu menekan minyak — at Waadi E Jin. Bukit magnet ni special. Klu tumpah air, air tu x mengalir ke bawah cam slalu, tapi mengalir ke tepi. Ada sejarah kat sini.. 😊

Gate 25 yang berdekatan dengan hotel kami & memudahkan iefa & mama pergi ke Raudhah — at Masjidil Nabawi - Madinah, Arab Saudi. Harga Air Zam Zam untuk 5 liter berharga 9SAR — at King Abdulaziz International, Jeddah, Saudi Arabia.

Kedai No. 95 ni adalah antara kedai yang famous untuk rakyat Malaysia yang membeli buah-buahan arab — at Pasar Kurma lama Madinah.


Extra Q & A :
Q1: Macam mana puan berurusan sngn pihak saudi utk beli air zamzam dan bawa balik? Macam kami yang tiada cable utk buat visa. Mungkin susah utk Umrah DIY. atau puan boleh bgtau cara2 nye?  Jawapan: Pergi kaunter di airport just tunjuk passport je. Kami pun tiada cable. Just Allah temukan kami dgn org yg buat visa. Boleh contact kat FB : Tips Umrah Backpackers Malaysia - Safar Buddies.

Q2: Duit belanja prefer tukar kt malaysia @ kt mekah & madinah? Jawapan: Tukar kat Malaysia senang sis sbb currency kita jatuh. Then activate kan Debit Card tuk keluarkan duit overseas.. 😊 Nak senang, tukar dr Malaysia. Then asingkan siap2 duit transportation, makan, shopping, sedekah & so on.. 😊 So agak semput sikit nak beli kat sn. Nti boleh tukar duit kat Mid Valley Money changer kat LG nearby San Francisco Coffee or tukar kat area Jalan Tar/Masjid Jamek.. Sebab murah compare kat tempat lain.

Post asal >>> Iefa Diyana 13 Februari


Artikel Terkait


EmoticonEmoticon