Tuesday, October 11

4 Perkara patut uols amik tahu bila mencuci muka.



Ramai salah ketika membasuh muka. Walaupun nampak mudah, hanya perlu basahkan muka, gunakan pembersih wajah, kemudian bersihkan dengan air, sebenarnya lebih daripada itu.

1. Salah suhu air
Kata orang, air panas akan membuka liang dan yang sejuk menutupnya semula. Walaupun air panas memberi keselesaan pada wajah, ia sebenarnya membuatkan kulit menjadi kering. Air suam adalah yang terbaik untuk membersihkan muka kita. .

2. Skrub wajah
Kita boleh menggunakan skrub tetapi jangan kerap. Produk pengelupasan sebenarnya bertindak untuk menanggalkan sel kulit mati, tetapi tidak digalakkan untuk penggunaan secara kerap. Dua atau tiga kali seminggu sudah memadai.

3. Gosok dengan tuala
Pedap, bukan gosok muka dengan tuala. Menggosok muka dengan tuala membuatkan kita rasa selesa, tetapi ia sebenarnya membuatkan tahap elastik kulit menurun dan menggalakkan kulit jadi kendur. ASINGKAN TUALA MANDI DAN TUALA MUKA! .

4. Urut muka dengan perlahan
Jangan gosok/ sental kulit muka terlalu kasar ketika mencuci muka. Urut secara perlahan dari bawa keatas untuk kulit kekal tegang dan awet muda.

#tipscantikSS


Related image

Artikel Terkait