Wednesday, October 12

Minum jus timun boleh turunkan berat badan.




KURUS DENGAN TIMUN!

Mungkin banyak sangat petua diet yang dicuba sebelum ini, hasilnya tetap sama. Tetapi kalau anda tahu kesan timun ini lagi berkesan, pasti anda akan teruja. Bahan yang digunakan juga sangat jimattt!
.
BAHAN-BAHAN:
1. Sebiji timun (Tak perlu buang kulit)
2. Air (100ml) = 1 cawan
3. Gula anggaran dua sudu
4. Sebaik nya gula dari jenis pemanis semulajadi (seperti stevia)

CARA PENYEDIAAN:
Basuh timun sehingga bersih, potong dan kisar semua (kulit, biji) bersama air dan gula sampai halus. Tak perlu tapis, bila siap boleh terus minum. Sebiji timun untuk 2 kali minum (Pagi dan malam)
.
KELEBIHAN TIMUN YANG ANDA KENA TAHU:
1. Timun adalah detox semula jadi.
2. Minum bersama pati boleh buat anda cepat kenyang.
3. 95% timun berasaskan air, jadi kalau malas minum air banyak liter sehari, minumlah jus timun.
4. Minum secawan jus timun perut terus padat.
5. Membersihkan usus sangat bagus untuk bersihkan racun-racun dalam badan.
6. Paling bagus boleh kurangkan perut buncit.
7. Bila usus bersih, jerawat susah nak naik. Sila amalkan selama seminggu, pasti berat badan turun. Tapi makan pun kena kontrol, ya.
.
❗️INFO
•Bagi ibu mengandung tidak ada masalah tetapi kalau lepas bersalin, timun sifatnya sejuk. Orang dulu-dulu tak bagi makan makanan sejuk. Jika mahu cuba juga anda boleh amalkan lepas pantang 1-2 tahun.
•Ingat, jangan minum ketika period sebab timun sifatnya sejuk yang akan menyebabkan darah tersekat nak keluar.

Tag kawan-kawan korang yang nak kurus 💕 Selamat mencuba!
Credit : Mingguan Wanita



Related image

Artikel Terkait