Amboi, nak buat gulai rambut ke siap serai bagai? hehehee... kalau angpa nak tahu, selain baunya yang wangi, mampu membasmi serangga...serai juga mempunyai khasiat kuatkan akar rambut. Selain serai, boleh juga guna lobak merah ya. Bawah ni cara-caranya:
- Titik lima batang serai. Selepas itu,campurkan bersama dua gelas air dan rebus sehingga mendidih. Sejukkan. Sapukan air rebusan serai tadi di atas kepala hingga mencecah akar rambut. Amalkan setiap hari.
- Parut lobak merah dan perah airnya. Basahkan kepala dengan perahan air lobak merah tadi dan urut perlahan-lahan selama 10 minit.
terima kasih, petua ni sangat mudah dan jika amalkan selalu, ia berkesan pada kulit.
ReplyDeleteNice sharing! pasni dah boleh fight rambut siapa paling kuat hahah ^^
ReplyDeleteKuatkan akar rambut dengan lobak atau serai.
ReplyDeletehye thanks dear, good tips from u guys
ReplyDelete