Thursday, October 13

Dah mekap tebal, tapi muka still sembab? Nahh 3 rawatan.


Muka bukan main tebal mekapnya, sekali cuci perghh serupa zombi tak cukup makan. Sebab apa nak tahu tak? Mukanya sembab maybe kurang rehat dan tak cukup tidur. Kat sini, ema nak share beberapa petua untuk merawat muka sembab guna bahan semulajadi:
  • Jemur hingga kering 10 keping kulit buah rambai. Tumbuk sehingga kemudian campurkan dengan sedikit bedak sejuk dan air untuk dijadikan bedak. Sapu setiap malam sebelum tidur.
  • Kisar sebiji putih telur, sedikit masu, minyak zaitun, sebiji limau nipis, bunga melur dan badam. Pupurkan di muka dan biarkan kira-kira 10 minit sebelum dicuci.
  • Campurkan sedikit asam jawa dengan tepung beras. Gaul hingga sebati. Pupurkan pada muka selama 15 minit, kemudian bilas. Lakukan sekerap yang boleh.
Senang je kan? Boleh cubalah ya.. #tipscantikSS


sumber: 1001 Petua 2004



Related image

Artikel Terkait