Header Ads

Cara buat sabun kopi terhangat di pasaran

Cara buat sabun kopi terhangat di pasaran

Sekarang dah macam-macam jenis sabun ada di pasaran. Sabun buah , sabun madu , sabun susu dan yang terkini sabun kopi . Bagi yang tak rajin nak membuat nya boleh beli je , ramai jual & buat bisnes sabun kopi bermula dari dapur .

Hah , awak tu... nak ke try buat sabun? 
Meh Ema nak ajarkan sikit cara buat sabun kopi ..

Resepi dibawah ni bolehlah diperhalusi ya . Kita ajar buat sabun style melt n pour . Senang je ... Kalau tak tahu melt & pour tu apa , silalah baca KAEDAH ASAS BUAT SABUN . 

Tapi kalau nak sabun macam gambar paling atas ni , 
tu kena follow style COLD-PROCESS SOAP .

Apa pun , sabun tu test lah kat muka sendiri sebelum bagi orang lain cuba.

Bahan-bahan nya:

8 auns sabun gliserin
1/4 cawan serbuk kopi
1 sudu teh vanila
1 sudu kecil susu tepung (tak bubuh pun tak pe..)

Cara-caranya :
Cara buat sabun kopi terhangat di pasaran

Dengan gunakan kaedah double boiler cairkan sabun gliserin . Masukkan vanila, serbuk kopi dan susu tepung. Kacau sebati . Kemudian , ambil satu sudu serbuk kopi dan letak kan dalam acuan.
Cara buat sabun kopi terhangat di pasaran

Tuang bancuhan sabun serbuk kopi tadi terus kedalam acuan . Tunggu hingga sabun keras dan
keluarkan dari acuan . Bungkus sabun yang dah sejuk dan dah dileburkan tadi mengikut kretiviti masing-masing .

Cara buat sabun kopi terhangat di pasaran
Ok dah siap ! Sekian , selamat mencuba ..

11 comments:

  1. Replies
    1. hai...mohon whatsapp ema 0136483362 ada jual sabun gliserin

      Delete
  2. best kalau semua benda ada. boleh buat macam2. follow je log ni. ehehhee. sabun kopi ada. takpayah beli dah.

    ReplyDelete
  3. Oh? Boleh buat sendiri je..suami saya siap pi tempah dengan orang sebab nak jual aritu..huhu

    ReplyDelete
  4. teringin nak cuba buat sbun sndiri..

    ReplyDelete
  5. wah..mudahnya..thanks sharing ema..:)

    ReplyDelete
  6. Wahhh mudah je rupanya nak buat sabun ye. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  7. Tak pernah cuba lagi sabun kopi, scrub kopi pernah ler, memang rase kopi sungguh...

    ReplyDelete
  8. lorh senang je kan. tapi mana yang bisnes tu, boleh tahan mahal bila jual balik

    ReplyDelete

Powered by Blogger.