Wednesday, August 24

Huru hara ! Inilah kali pertama meniaga di uptown ....


Tima tu Vv ada di tapak uptown rawang . Sewa tapak rm50 untuk 1 & 2mei . Kami ada disini sampai kul 3 pagi tau ! First time niaga uptown . Cuaca sangat panas ya rabbi , sila minum air banyak-banyak .



Tapi itulah , ALLAH tu maha besar .
Tadikan Vv asyik ngeluh sebab panas berdenting sampai nyaris pitam . Lupa nak bersyukur . Baru sejam lebih niaga , hujan tiba-tiba lebat dan kilat berdentum . Barang niaga abeh kuyup . Semua orang rendahkan khemah . Semua tengah huru hara selamatkan barang niaga memasing .

Alhamdulillah , Dia bagi peringatan tu . Hehehehee


Setelah 3 jam camtu hujan baru berhenti . Jadi Vv posing jap . Kahkahkah ... comel kan kaklimah ?? Gotong royong semula . Adat lah tu orang meniaga , apalah sangat kalau baru sekali kena tapau hujan . Benda tak jadi , kau have fun je lah ye dakk ...

Actually hujan bukan takat ni aja , malam pun hujan gak . Kalau tak lebat , mesti renyai-renyai . Pelawat bazar tak ramai maybe sebab hujan . Memang jualan krikk krikk habis . Niaga sini betul-betul cover duit kos tapak , minyak , tenaga kerja dan lain-lain .

Masuk hari kedua , pun sama macam hari pertama . Hujan je . Terserempak pulak dengan Rani Kulup yang dah suam-suam kuku sekarang (dah tak femes) kita layan berselfie jugakk . Sempat dia rembat seketul Sabun Sejuk Sedap .


Hmmm punya lama tunggu anthony edward stark , tapi dia tak kunjung tiba . Frust betul aku ! Tapi takpe , dapat abamm rani kulup pun okke lahh . HAHAHAA . Terima kasih ye , selamat bersejuk-sedap !

Kalau semalam kul 2 pagi baru tutup 'kedai' , hari ni bungkus awal la sebelum kul 6 dah kemas  . Berselfie selpot dulu selepas berkemas (tu pun baru lepas hujan) . Kat gambar tu sempat la tunjuk tapak bazar sedikit banjir .

Ok tu je byebye semua , seronok meniaga sini ! Moga semua peniaga uptown rawang dipermudahkan rezeki , mendapat redha & rahmat-Nya .


Artikel Terkait


EmoticonEmoticon