Wednesday, August 24

Offer free gift homemade, siapa cepat dia dapat.

Saya nak bagi FREE GIFT kat peminat SEJUKSEDAP ! Semua postage bermula minggu ini akan dapat FREE GIFT ! Pilih satu daripada 3 item dibawah ni ye ! Best best ??
.
Semua item ni ada dijual di tapak uptown rawang , berharga RM10/item . Jumpa saya disini , last day here ! Wow !!!

Time ni Ema niaga tapak uptown >>> boleh tengok link ni Huru hara ! Inilah kali pertama meniaga di uptown .... Gigih nak marketing time tu , ye la kan bila niaga uptown tak berapa nak menjadi .

Apa pun nak kongsi sikit details tentang free gift tersebut :

==================
3 item tersebut adalah :
==================
1) Sabun manisnya kayu - untuk kulit badan gatal-gatal , bekas dalam kotak hijau , sabun diperbuat dr kayu manis dan tea tree oil . Cara guna : gosok dan sental pada kulit bermasalah . Orang resdung digalakkan pakai .
.
2) liquid chewing gum a.k.a Zzz no more - kaler biru tu , untuk yang suka overnight , drive jejauhh taknak mengantuk , bagi mata segar balik . Cara guna : spray kat muka/mulut . Spray muka , rasa berangin . Spray di mulut , rasa cam baru lepas kunyah chewing gum . Spray sekali cukup dah buat mata hanggg celik buntangg ! Hahahaa
.
3) lipbalm muahh cikett - kaler kuning susu tu . Dibuat dari minyak almond , shea butter , beewax dan pineapple fragrance . Yup bau nenas oiii macam nak makan je ! Bagus untuk bibir kering , calit sekali sebelum tido . Sesuai untuk yg suka natural beauty . Boleh juga pakai sebelum calit gincu utk bibir lebih moist .
.
Diantara 3 item ni , paling laris liquid chewing gum . Kedua laris adalah lipbalm muahh cikett . Nisbab jualan 4:2:1 ..... selamat mencuba !

Minggu tu punya postage memang banyak . Tu gambar tengah siapkan tau . Ramai juga peminat liquid chewing gum ya ?? Im not expecting this . Harap nya lepas korang spray mulut /muka tu , dapat membantu korang feel fresh , hilang ngantuk dan kekal fokus lahh ya !


Sekarang ni , kalau request memang dah tutup tau offer free gift ni . Dah habis semua kena rembat . Sekian mekasih sudi membaca . 

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon