Friday, August 26

BoefBandito peneman suka duka, mencuit hati meruntun jiwa.



[13 GAMBAR]
Warghh comelnya budak kecik ni !
Boleh bela , belai hari-hari sebab dia bukan sekadar patung biasa tau .

Boefbandito ada keunikan tersendiri .

Kat bawah ni ada sikit review ,
yang lain kita layan gambar dia je okeyh !

instagram : @boefbandito


Macam-macam gelagat dia boleh kita usha kat i.g . Memang comel habis ... Gaya dah la macam perompak tapi kena buat banyak kerja maid . Ohya dia suka makan dan merayau entah kemana . Hihi

Ramai tau orang ambil si BoefBandito ni jadi "anak angkat" . Kena order online , tak jual kat kedai biasa . Pastu kan uols tahu tak ?? Kalau order benda ni , dalam bungkusan tu siap di bagi jajan sekali . Yela mana la tahu BoefBandito ni lapar kan masa dalam perjalanan . Hahaa comel kan ! 

Lagi haru bila .... sesiapa yg dapat jaga "budak" ni , keluarga angkat asal akan follow up balik , kau jaga OK ke tak "budak" ni . Nak dapat "budak" ni bukan takat kau beli , pastu service tamat kat situ . Kau faham ke ? Aku taip laju ni sebab excited sangat... hahahaa...

BoefBandito ni.... kau leh panaskan masuk dalam oven . Dia takkan melecur ke apa . Time dia tengah hangat tu , boleh lah peluk puas-puas . Boleh gak masuk dalam freeze bagi dia sejuk . Jangan risau , dia takkan mati kesejukkan ... hahahaa ! Function dia macam hot & cold pad laa ... Bau dia pulak macam lavender , bagus untuk terapi bagi orang tidur lena . 

nak baca lebih detail ??? 
[KLIK SINI] untuk 
biodata penuh BoefBandito







Artikel Terkait