Friday, July 1

Petanda penyakit oleh tindak balas badan


Berikut merupakan beberapa jenis penyakit yang boleh dikenal pasti oleh badan:

  • SAKIT DI BAHAGIAN BAHU : Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang .
  • KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar .
  • KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung . Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku .
  • KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar .
  • SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah . Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama .
  • SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin .
  • RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin .
  • GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot) . 
  • TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA : Secara amnya , segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah , jantung dan saraf otak .
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA : Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir .
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA : Bahagian atas menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi . Bahagian bawah (tengkuk) Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah .
  • SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA : Menandakan penyakit migrain .
  • BISUL TERJADI DI KEPALA : Tanda pembuangan toksin sedang berlaku . Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain . 
  • RASA PENING YANG MEMUSING : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar .
  • MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH : Tanda penyakit lelah . Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut .
  • MUNTAH DARAH : Darah merah pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan Darah hitam pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut ; misalnya penyakit ulser .
  • LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
  • KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT : Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KENCING


  • KERAP KENCING : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
  • AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang .
  • AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak .
  • AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku .
  • AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


BUANG AIR BESAR


  • CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar .
  • CIRIT-BIRIT DENGAN SERTA MERTA selepas mengamalkan GULA STEVIA RCC menandakan penyakit barah di bahagian usus besar .
  • SEMBELIT : Membersihkan toksin dari usus kecil .
  • NAJIS BERDARAH : Darah merah - masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus . Darah hitam - masalah penyakit ulser perut .
  • NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku .

 BADAN
  • BADAN : Secara amnya , segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah .
  • SAKIT MENYUCUK : Proses menyeimbangkan urat saraf .
  • SENGAL BADAN : Menandakan luka di dalam badan .
  • SAKIT MENYENTAP :Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan .
  • SAKIT MENEGANG : Proses melancarkan pengaliran darah .
  • BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH : mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan .
  • BADAN TERASA PANAS : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin .
  • BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku .
  • RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang . Tenaga batin lemah .
  • CEPAT NAIK DARAH/MARAH :Fungsi hati lemah . Tekanan darah tinggi.
  • RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah .
  • RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : Sistem jantung yang lemah , sistem saraf otak yang lemah dan masalah pengaliran darah.

Artikel Terkait

1 Luahan Hati so far

moga kita dihindarkan drpd sebarang penyakit berbahaya huhu aamiin nice info


EmoticonEmoticon